VIVIX Memulihkan DNA Rosak / Abnormal yang Menyebabkan Kanser

Apakah kanser? Rasanya semua orang maklum mengenai penyakit merbahaya ni kan? Kanser ni nama umum. Ade lebih dari 100 jenis kanser. Walaupun kanser ni banyak jenis, tapi permulaan terjadinya kanser adalah sama iaitu ia bermula dari sel-sel yang tidak normal berkembang secara tidak terkawal. Kanser tanpa rawatan akan menyebabkan timbul beberapa penyakit lain dan akan berakhir dengan kematian. Dalam entri ini akan dikongsi kaitan antara DNA rosak dan kanser serta bagaimana VIVIX bertindak untuk pulihkan DNA yang rosak. 

Macam mana kanser bermula? 
Ianya bermula dengan DNA(asid deoksiribonukleik). Sel sihat akan menjadi kanser disebabkan oleh kerosakan pada DNA. Biasanya kalau DNA rosak, ada 2 keadaan akan berlaku iaitu sel akan repair itself atau sel tersebut akan mati dengan sendirinya. Kanser terjadi kalau DNA yang rosak tersebut tidak dibaiki dan tidak juga mati..tapi sebaliknya sel yang mengandungi DNA rosak ni menjadi sel baru yang tidak diperlukan badan. Sel baru tu pula sama cirinya dengan DNA yang rosak.


Dan manusia memang boleh mewarisi abnormal DNA ni dari kedua ibu bapa tapi most often kerosakan ni terjadi disebabkan oleh kesilapan yang berlaku bila sel reproduce atau disebabkan oleh persekitaran seperti pencemaran, smoking, sun exposure dan pemakanan.

Bagaimana sel kanser merebak?
Untuk lihat secara mendalam bagaimana sel yang sihat boleh menjadi sel kanser, meh kite tonton video animasi ni
Genetik bukan lagi faktor utama yang menyebabkan kanser. Kita semua mempunyai peluang 100% untuk mendapat kanser walaupun tiada ahli keluarga yang mengidap kanser. Kesemua faktor penyebab kanser telah pun ada di depan mata kita dan sedang kita hadapi sekarang.

Apa cara nak halang dari terjadi kanser atau sel kanser dari terus merebak dan merebak? VIVIX adalah jawapannya. Saya mesti share pada semua kenapa VIVIX adalah pilihan kerana VIVIX adalah satu-satunya product yang bertindak bermula dari DNA, cure from the route cause. Punca kanser adalah DNA, jadi seharusnya DNA la yang perlu dirawat.

Bagaimana VIVIX bertindak untuk baiki DNA yang rosak dan seterusnya menghalang dari membiak menjadi sel kanser. Ada 4 mekanisme tindakan VIVIX.



Bahan utama yang bertindak ke atas DNA adalah RESVERATROL. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa RESVERATROL boleh membantu pencegahan penyakit kanser: 



  • Menurut laporan dari Annals of the New York Academy of Sciences 2011,beberapa kajian awal menunjukkan bahawa RESVERATROL mungkin mempunyai kesan anti-kanser. 
  • Dalam satu kajian 2008 pada kultur selresveratrol membantu menyekat perkembangan kanser payudara di peringkat awal. Diterbitkan dalam PenyelidikanPencegahan Kanser, kajian itu mendapati bahawa resveratrol membantu menghalang estrogen dari bertindak balas dengan molekul DNA dan membentuk sebatian yang menandakan permulaan pembentukan sel kanser.
  • Menurut laporan yang diterbitkan pada 2007oleh  Biologi Kanser & Terapi. Penulis laporan itu mendapati bahawa resveratrol muncul untuk menjejaskan semua peringkat karsinogenesis (di mana sel-sel normal berubah menjadi sel-sel kanser).
  • Diterbitkan dalam jurnal Karsinogenesis, satu lagi kajian tahun 2008 menunjukkan bahawa resveratrol boleh membantu mencegah kanser prostat (mungkin disebabkan oleh kesannya terhadap hormon seks lelaki yang dipanggil androgen).
Kanser Stage 3, consume VIVIX selama sebulan hasilnya bebas kanser



{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

Petua kulit licin supaya blackhead dapat dihilangkan

Blackhead ni memang merimaskan ramai orang terutamanya wanita. Mengapa saya kata begitu? Sebab nampak orang lelaki (read: suami saya) rilaks aje kalau ada bleakhead ni hehe..



Blackhead ni terjadi apabila minyak dan sebum kulit terperangkap dalam pori-pori. Bahagian ‘kepala’ minyak yang terdedah kepada udara ini akan memerangkap debu dan habuk disekitar, menyebabkan dia mengeras dan berwarna hitam. Keadaan ini akan menyebabkan kulit menjadi kasar dan berbiji-biji hitam, terutama di hidung dan kawasan yang paling berminyak di muka.



Kalau dibiarkan berlarutan, minyak yang terperangkap ini akan dijangkiti bakteria, lalu menyebabkan inflamation (bengkak) dan mengeluarkan nanah. Beginilah terjadinya jerawat bengkak jenis merah dan sakit tu.. ouch! Ada tak petua kulit licin yang boleh membantu?
Ramai orang menggunakan ikhtiar memicit keluar blackhead supaya ia tidak merebak menjadi jerawat… tetapi kaedah ini ada padahnya sekiranya tidak dibuat dengan betul. Kulit boleh membengkak dengan teruk dan menjadikan kulit anda lebih hodoh.


Ada juga orang yang gunakan black peeling mask, blackhead remover dan sebagainya.
Namun ada petua kulit licin untuk menghilangkan blackhead dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.
 Petua kulit licin nombor 1 – serbuk kayu manis
Kayu manis boleh digunakan untuk menghilangkan blackheads dan mengelakkan pembentukannya pada masa hadapan.
Caranya, ambil 1 sudu teh serbuk kayu manis dan campurkan dengan madu untuk menghasilkan campuran yang likat. Sapukan campuran ini pada bahagian yang terlibat dan biarkan semalaman. Bilas bersih dengan air keesokan paginya.
Alternatif lain ialah mencampurkan 1 sudu teh serbuk kayu manis dan jus limau nipis dengan secubit kunyit. AWAS! sapuan ni pedih tau..
Amalkan selama 10 hari untuk keputusan terbaik.

Petua kulit licin nombor 2 – lemon dan madu
Ambil sebiji lemon dan potongkan separuh. Pada sebelah lemon tadi, titiskan 3-4 titik madu dan dengan lembut, sapukan pada bahagian yang ber blackhead. Buatkan gerakan putaran pada muka dan oles dengan lembut. Biarkan selama 10 minit dan bilas.
Jus lemon tadi akan membantu mengecutkan pori-pori dan fiber pada lemon akan membantu menanggalkan blackhead.
Awas kepada mereka yang berkulit sensitif, dan jangan sapukan pada kulit yang luka atau melecet.

Petua kulit licin nombor 3 – susu dan serbuk buah pala
Petua ni saya baru belajar daripada website crunchybetty.com di mana 1 sudu teh parutan buah pala dicampurkan dengan sedikit susu. Campuran ini kemudian dijadikan scrub dan di gosokkan pada bahagian wajah.
Serbuk buah pala bertindak sebagai pelelas blackhead dan boleh menghilangkan minyak manakala asid laktik daripada susu boleh melarutkan sel-sel mati pada kulit.

Petua kulit licin nombor 4 – putih telur
Jadikan putih telur seperti peel mask. Mula-mula sapukan selapis putih telur dengan jari ataupun berus melukis. Biarkan kering seketika sebelum menyapukan lapisan kedua. Untuk bahagian-bahagian yang ada blackhead yang lebih banyak, sapukan lapisan ketiga dan keempat selepas lapisan sebelumnya kering sedikit.
Selepas 15 minit, muka akan rasa tegang. Apabila mask telah benar-benar kering, tarik lapisan mask sehingga habis. Gunakan kain mikrofiber yang lembap untuk membersihkan saki-baki mask.
Petua kulit licin nombor 5 – gunakan set kulit Shaklee

Ada beberapa produk Shaklee yang boleh di amalkan untuk merawat dan mencantikkan kulit daripada dalam. Ini termasuk:
Vitamin C – antioksidan yang membantu pembentukan kolagen semulajadi
Vitamin E – antioksidan yang membantu membaiki sel dan menghilangkan parut
Vivix – antioksidan yang bertindak sebagai anti penuaan
Collagen powder – menegangkan dan menambahkan keanjalan kulit
Cuba set ini dan selain mendapat kulit yang cantik dan licin, faedah lain termasuk:
1. Keahlian Shaklee PERCUMA bernilai RM75
2. Rebet +- RM50 pada bulan hadapannya
3. Membeli produk-produk Shaklee pada diskaun sehingga 33%
4. Peluang percutian dan umrah
5. Dan banyak lagi :)
Jangan lupa hubungi saya untuk konsultasi percuma dan sebarang pertanyaan. COD kawasan Kuala Berang, Ajil, Marang, Kuala Terengganu. Poslaju seluruh Malaysia. Saya Fara Chew 019-9687626  :)

{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

Promosi Januari 2015

Assalamualaikum 

Wow...Macam x percaya jer...Bulan nie memang bulan promosi besar besaran...

Yang berminat nak dapatkan supplement Shaklee time promosi nie boleh la calling2, wassap2 yer..

 Vivix RM475.00 
Alfalfa Large RM97.50
Alfalfa Small RM53.75
Vita Lea for Children RM111.00


 Hubungi saya untuk keterangan lanjut
FARA CHEW
0199687626

{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

Tanda-Tanda Awal Kehamilan


Kehamilan adalah antara perkara yang paling dinanti-nanti oleh pasangan yang sudah berumahtangga... Dengan kehadiran cahaya mata maka akan mengeratkan lagi perhubungan suami isteri selain meramaikan umat Nabi Muhammad... :) Bagi pasangan yang baru berkahwin, tempoh kehamilan mungkin akan mengambil masa seawal selepas sebulan atau mungkin makan masa beberapa bulan..  dan mungkin beberapa tahun! Ikut lah pada rezeki... Kalau kata ada tu adalah... Tapi jangan fikir bila Allah tak kurniakan kita rezeki anak awal maka Allah tidak memberi kita rezeki. Bukan. Mungkin Allah nak bagi yang lebih baik dari itu. Think positive... InsyaAllah yang belum ada tu.. suatu hari nanti akan ada... :) Usaha, Doa, Tawakkal..... ok?

Ok, harini fara nak share plak tanda-tanda awal kehamilan dengan korang. Yang dah berkahwin je boleh baca hoke. Yang belum kawen, tunggu dah kawen baru datang sini oke... pergi refer post pasal persiapan perkahwinan dulu heheheh...

Nak tanya ni, all mom to be out there macam mana tahu diri korang tu peknen ek? Selain tak datang bulan... ada symtom2 lain tak? Nanti share kat komen oke..? :)

Mungkin kebanyakan wanita menyedari apabila dirinya hamil dan mungkin juga ramai wanita yang masih lagi keliru mengenai status dirinya. Adakah dia telah mengandung atau tidak? 

Di bawah adalah tanda-tanda awal kehamilan, cekidaut!:

1. Loya & Muntah

Tanda-tanda ini kebiasaannya terjadi pada semua wanita hamil. Ini berlaku kerana adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda disahkan hamil.

2. Kerap buang air kecil

Tidur anda terganggu akibat kekerapan membuang air kecil, mungkin itu adalah tanda anda sudah hamil. Keadaan ini berlaku kerana tubuh anda menghasilkan cairan tambahan untuk janin anda. Walaupun kekerapan buang air kecil berlaku anda dilarang menahannya kerana boleh menjejaskan kesihatan diri anda.

3. Keluar Darah diikuti Kram Perut

Darah ini adalah bersifat sementara dan terlalu sedikit. Ia muncul sebelum menstruasi yang akan datang, biasanya terjadi antara 8-10 hari setelah terjadinya ovulasi. Kehadiran darah ini disebabkan oleh implantasi (implantation bleeding) atau menempelnya embrio pada dinding rahim. Munculnya darah pada saat kehamilan kadang disalah ertikan sebagai menstruasi.

Selain itu, keluarnya darah biasanya diikuti oleh kram perut. Kram perut pada keadaan terjadinya kehamilan akan terjadi secara teratur. Situasi ini akan berlaku kerana rahim akan membesar dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi anda.

4. Mengidam

Sudah tidak asing lagi jika wanita hamil dikaitkan dengan mengidam pelbagai makanan yang pelik-pelik dan susah untuk mendapatkannya. Kebiasaannya wanita mengidam buah-buahan yang masam dan asam-asam atau mungkin lebih daripada itu!

5. Moody

Sering marah-marah pada suami dan mengalami perubahan tingkah laku. Hal ini disebabkan dari kemunculan hormon-hormon baru di dalam tubuh anda. Perubahan yang drastik daripada tidak pernah marah kepada pemarah akan berlaku saat kehamilan.

7. Pengsan

Gejala ini berlaku kerana kekurangan gula dalam badan. Anda dinasihatkan menjaga pemakanan bagi mengelakkan berlakunya simpton ini. Makan yang cukup dapat mengelakkan berlakunya pengsan.

9. Cepat rasa mengah

Rasa lelah atau mengah yang berlebih akan membuat anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua.

10. Tidak bermaya/letih

Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.


11. Perubahan pada payudara

Jika terjadi kehamilan, maka payudara akan membesar, hal ini disebabkan oleh meningkatnya produksi hormon esterogen dan progesteron. Selain itu keadaan payudara juga akan terasa makin lembut, hal ini menimbulkan rasa sensitif yang lebih tinggi, hingga payudara akan terasa sakit atau nyeri saat dipegang. Puting susu membesar pula dan warnanya akan semakin gelap, kadang juga terasa gatal. Pembuluh vena pada payudara juga akan terlihat akibat penegangan payudara.

Selain itu terjadi aktiviti hormon HPL (Human Placental Lactogen). Hormon tersebut diproduksi oleh tubuh saat ibu mengalami kehamilan untuk mempersiapkan ASI bagi bayi anda ketika terlahir ke dunia.

12. Tidak datang haid (period)

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.

Lepas keluar darah sekali tu memang tak keluar darah langsung sehinggalah hari sepatutnya My menstruasi. Dalam 2/3 hari lewat jugak lah...

Dan akhirnya.....

13. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian urin, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan... 

TAHNIAH...!!! ^____^

{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

alhamdulillah.. kami dah kahwin yeayyyy



{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

 
۩۩ This Blog is Protected. Copyright 2011 © Design By Miss Fara Chew ۩۩
۩۩ Ini Blog Miss Fara Chew. Jangan Copy, Jika Suka Sila Credit ke Miss Fara Chew۩۩