7 Petua cari calon suami yang baik

1. Pilih yang baik dan beragama – agama nie penting kerana ia mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih baik. Kalau takde agama, takdelah pegangan dalam hidup, kan? Nak didik anak bini pun susah. Lelaki yang beragama nie bukan sajer boleh memimpin dirinya sendiri, bahkan dia juga boleh jadi pemimpin yang baik kepada isteri dan anak-anaknya.  So, sebelum melihat kriteria2 lain, lihatlah dulu pegangan agamanya, okey dan boleh tak si dia membimbing kita ke jalan yang betul kelak…

2. Cari yang sabar dan penyayang – semasa tengah berdating, mungkin you all dah dapat detect perangai boyfriend korang kan? Penyabar ke atau pemarah? Cuba uji… misalnya berpura-pura buat bende yang dia tak suka ke, time tu la nak tengok dia melenting ke tak. Kalau dia marah tahap cipan, sah2 dia panas baran. Jangan pilih lelaki camni cik adik oii, kalau tidak, seksa hidup ko nanti.

3. Jangan nilai pada rupa – ‘don’t judge a book by it’s cover’..ataupun jangan nilai buku melalui kulitnya sajer! Sebab kecantikan luaran nie sementara ajer. Mungkin rupa si dia nie macam rupa orang pecah rumah, tapi mungkin hatinya baik. Kalau muka tu sehensem Tom Cruise, tapi perangai tak senonoh, nak buat aper, kan? Ingatlah nanti kalau kita tua, tua samer2. Kedut pun, kedut sama2 (melainkan ada salah sorang yang pakai botox…huhu :-) )

4. Hormat orang tua – sememangnya kite nak calon suami yang bukan saje taat pada mak bapak dia, tapi juga hormat pada orang tua kita, kan? So, kalau si dia datang ke rumah, perhatikanlah tingkah laku dia pada mak bapak kite pulak.  Dia hormat ke atau kurang ajar?

5. Cari yang boleh mendengar dan mendidik – penting nie sebab kalau kita ada problem, ada jugak insan yang sudi mendengar luahan hati kite, betul tak? Bukan tu jer, kalau ada bende yang kite tak tau, si dia juga boleh mendidik kita khususnya dalam bab2 agama. Jangan 2×5 sudahler…:-)

6. Lihat pada family dia – nie biasanya dipraktikkan masa zaman mak bapak kita dulu. Masa nak cari jodoh untuk anak-anak diorang, mereka akan ‘melihat’ pada keluarga si lelaki dulu. Kalau semernya baik2 ajer, dapatlah ‘green light’…sebab ‘ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi’nya, kan? Mak bapak kitalah juga yang membentuk kita untuk jadi insan yang berguna atau tak satu hari nanti. Tapi ada jugak yang mak bapak kurang baik tapi dapat anak yang baik…:-).  So, nilailah betul-betul yer.

7. Pilih yang (ikhlas) sayang kat kite – maksudnya pilih jejaka yang betul-betul sayang kat kite. Jangan pulak pilih lelaki yang kita sayang tapi si dia plak buat endah tak endah je kat kita. Ada jugak kes di mana si lelaki nie berpura-pura sayang kat si gadis kerana hanya nak main-mainkan dia. So, kalau anda di dalam situasi di mana anda kena pilih di antara lelaki yang anda sayang dan lelaki yang sayang pada anda… sebaik2nya pilihlah option yang kedua tuh…:-)


Wah…susah betul nak cari laki kan? Pasal soal cari pasangan nie, lelaki kena paham2 la kenapa ada wanita yang kawin lewat atau tak nak kawin langsung. Bukan kata memilih, tapi soal jodoh dan masa depan di tangan Tuhan belaka. Bagi wanita plak, kalau dah jumpe jodoh yang baik dan sesuai tu, cepat2 la kawin, ok. Takut nanti si dia kena rampas plak. Maklumlah, lelaki yang baik sekarang nie tengah high demand...:-) Good Luck!

{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

Perempuan Yang Baik Adalah Untuk Lelaki Yang Baik


Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

Telah tercatat namamu untukku di Loh Mahfuz. Juga telah tercatat namaku untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu..
Aku untuk menulis sebuah warkah khas untukmu yang lahir dari sudut hati ini.. Hanya untukmu.. Yang Allah telah jadikan engkau dari tulang rusukku..
Maafkan aku jika warkah ini tak sehebat yang engkau harapkan.. Aku bukanlah lelakiyang sehebat Saidina Umar, bukan sekacak Nabi Yusuf, bukan seteguh cinta kasih Adam untuk Hawa..

Aku masih tertanya-tanya siapakah dirimu yang Allah telah ciptakan sebagai peneman hidupku, pelengkap hidupku, pembimbingku, sayap kiri kepadaku, pembantu keluargaku serta ibu kepada anak-anakku nanti..
Siapakah dirimu ? Yang mana satukah dirimu ? Adakah kau sudah hadir dalam hidupku ? Adakah kau belum hadir dalam hidupku ? Adakah kita pernah bersama dan sudah berpisah ? Mungkinkah kau akan hadir kembali dalam hidupku ? Hanya Allah yang tahu.. Pengetahuan Allah meliputi seluruh alam..

Pertama sekali, aku ingin memohon maaf darimu. Mungkinkah kau akan memaafkanku ? Aku sepatutnya menjaga diriku, akhlak ku, menutup pintu aib dengan sempurna, memelihara diriku, seluruh kehormatanku hanya untukmu. Di dunia yang tanpa sempadan ini, kadang kala aku tewas. Aku terpengaruh dengan maksiat di sekeliling.. Seringkali aku berfikir, masihkah kau akan menerima diriku yang penuh dengan dosa noda ini ? Aku pasti, semestinya kau mengharapkan seorang lelaki yang suci, yang hatinya belum di isi oleh mana-mana wanita, yang dirinya belum di sentuh oleh mana-mana wanita walaupun hujung jari..

Andainya aku dapat ulang semula waktu zaman remajaku dulu, pasti akan terpelihara segala milikku hanya untukmu.. Diriku.. bukan seindah segar yang kau harapkan.. Untukku persembahkan, menghadiahkan padamu sebagai lambang sucinya cintaku padamu..

Alangkah indahnya jika kau boleh menerima diriku seadanya. Alangkah indahnya jika kau mengatakan “usah dipersoalkan keterlanjuran di masa silam.. Aku sedia menerimamu seadanya sebagai isteriku.. Kerana kita hanya insan biasa.. Aku tak pernah menyesal memilihmu” Terima kasih dan segala sujud syukur pada Ilahi yang telah membuka hatimu untukku dan menerima diriku seadanya..

Sayangku.. Kasihku.. Cintaku.. Hatiku.. Rinduku.. Kata-kata indah ini sepatutnya hanya aku ucapkan padamu. Hanya kau yang berhak, yang selayaknya menerima kata-kata cintaku, ayat-ayat cinta dariku. Maafkan aku jika kau bukan yang pertama aku ucapkan kata-kata sebegini. Maafkan aku.. Sungguh, aku telah mudah mengucapkan kata-kataku pada orang lain yang pasti bukan milikku. Maafkan aku bakal isteriku.. Sepatutnya aku simpan semua kata-kata romantis itu hanya untukmu, hanya untuk dipersembahkan pada hari-hari selepas aku di ijab Kabul denganmu.. Kata-kata yang terlalu berharga, yang lahir dari hati yang ikhlas.

Maafkan aku lagi jika kau bukan yang pertama yang bertakhta di hati ini. Maafkan aku. Aku tak berniat nak membiarkan dia yang bukan untukku berada dalam hatiku. Ia datang tanpa dapat aku mengawalnya.. Maafkan aku kerana sudah tersalah memberi cinta pada orang lain, sedangkan cinta ini, hati ini hanya layak untukmu.. Hanya milikmu.. Maafkan aku.. Dalam perjalanan untuk bertemu denganmu, aku tergelincir di saat ingin mendaki ke puncak mahligai kita.. Aku di heret oleh sifat rakus wanita yang mengaburi mataku. Di mana kau pada waktu itu ? Di mana kau untuk melindungiku ? Adakah kau juga turut sama membiarkan aku lalai, leka dengan syaitan yang bertopengkan manusia ? Adakah kau saja membiarkan aku begitu dan juga merasai mempergunakan aku ? Jika tidak, Di mana kau untuk mempertahankan aku dari mereka ? Jika kau tahu, apakah tindakanmu untuk menghalang mereka dari terus mengheret aku ke lembah kemaksiatan ? Mengapa kau biarkan aku diperlakukan sebegitu, mengapa kau membiarkan seorang dari mereka menghancurkan hati ini, melukakan hati ini, mengguris hati ini, mengecewakan hati ini, mencincang hati ini tanpa belas kasihan ? Di mana kau bakal isteriku…

Aku tak mengharapkan kesempurnaan darimu. Aku tak mengharapkan paras rupa sehebat Aisyah dan seteguh Zulaikha. Aku tak mengharapkan harta bertimbun darimu, biarlah ianya semua bersederhana. Apa yang paling penting aku harapkan ialah agamamu. Itu yang paling aku harapkan. Kelak nanti, kau yang akan membantuku, anak-anakku menuju ke Jannah. Jika kau tak mendidik keluarga kita dengan ajaran agama sebaiknya, kelak musnahlah kehidupan anak-anak kita.

Indahnya bila kita dapat beribadat bersama-sama. Solat berjemaah, Solat-solat sunat, Tahajud Cinta di Sepertiga Malam, Puasa Sunat, Membaca Al-quran, Membaca Tafsir, Menghidupkan bacaan hadith dalam rumah kita. Pasti indah bila semuanya di lakukan bersama. Aku memerlukanmu, selama ini aku keseorangan mengamalkan semua itu. Kadangkala juga aku tidak mempunyai kekuatan untuk mengamalkan semua tu, aku lemah, ada yang aku tertinggal, aku tak istiqamah. Aku menzalimi diri aku sendiri. Jika kau bersamaku, pasti kau akan memberi semangat padaku, mengingatkanku, menasihatiku..

Maafkan aku semaaf-maafnya jika permintaanku ini sungguh keterlaluan. Salahkah aku mengimpikan rumahtangga yang di redhai Allah, di berkati Allah ? Salahkah aku ingin mengecapi manisnya iman bersamamu dan zuriat kita ? Aku mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia, yang berlandaskan syariat, yang bersandarkan pada Ilahi. Aku tak sanggup melihat keluarga yang akan terbina nanti akan kucar-kacir..

“keluarga yang soleh bermula dari hubungan yang suci”

Bagaimana nak menghasilkan sebuah keluarga yang soleh jika hubungan sebelum akad pun sudah di kotori dengan dosa noda, titik-titik hitam, debu-debu kekotoran ? Ku mengharapkan hubungan yang suci denganmu sebelum akad. Jika kau sudah pasti, sudah mendapat petunjuk bahawa benar aku adalah untukmu, dekatilah aku dengan cara yang baik, dengan cara yang halal, dengan penuh hikmah. Aku tahu kau juga tahu apakah cara yang paling baik itu. Aku tak ingin hubungan ini di cemari dengan benda-benda lagha. Selagi kita belum disatukan dalam ikatan yang sah, selagi itu kita tak sepatutnya bercakap melalui telefon, ber ‘sms’ , berjumpa bertentangan mata, menjeling antara satu sama lain.

Kita hamba Allah yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Aku juga begitu. Maka, segeralah bertaubat. Lakukanlah solat sunat taubat. Aku juga begitu, sentiasa melakukan dosa. Tak siapa tahu jika kesalahan yang pernah aku lakukan lebih besar darimu. Aku sedia menerimamu. Yang lepas biarlah lepas. Asalkan kau betul-betul menginsafi diri dan berazam tidak akan melakukannya lagi. Kerana kau pelengkap diriku, aku juga pelengkap dirimu..

Aku di sini.. Aku tahu kau memerlukanku.. Dan aku juga memerlukanmu.. Aku masih menunggumu.. Sabar menanti.. Kita sama-sama memerlukan antara satu sama lain..

Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia seperti mana ayat diatas tadi. Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya. Seandainya anda masih meragui kalimah ilahi, kalimah siapakah lagi yang tinggal untuk anda ikuti?

**Dari hati yang tulus ikhlas.. hanya untukmu.. Bakal isteriku yang aku belum tahu siapakah dirimu yang sebenarnya..

{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

Larangan minum berdiri


Mengapa Rasulullah SAW melarang kita minum sambil berdiri???

Ternyata secara perubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.

Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bgi umatnya!
Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIIR MASAK..

1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur..
dapat membersihkan organ-organ internal.

2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan..
dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal.

3. Minum segelas air sebelum mandi..
dapat menurunkan tekanan darah.

4. Minum segelas air sebelum tidur..
dapat mencegah stroke + serangan jantung.



"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.

{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

Ingatlah ibu bapa


» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.


Tetapi

» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.


Jadi, ingatlah pengorbanan ibu bapa kita, cintailah mereka lebih dari kita sendiri, kerana tanpa mereka, siapalah kita.

{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

ulang tahun


tinggal lagi 2 bulan n beberapa minggu untuk melengkapkan 7 tahun ulang tahun perhubunganku ngan si dye..
harapanku agar hubungan ini berkekalan hingga perkahwinan dan seumur hidupku.. jika dye adalah jodohku
kuatkanlah ikatan kami. mudahan mendapat restu di semua pihak..





Doa Minta Jodoh dan Keturunan yang Baik



Maksudnya :”Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik.” (AlQuran: Al-Anbiya’: 89).



Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi-Mu seorang anak yang baik. Sungguh Engkau Maha Pendengar doa.” (Surah Al ‘Imran: 38).

Penjelasan:
Doa di atas baik sekali dibaca oleh orang-orang yang belum mempunyai keturunan dan pasangan hidup. Juga baik sekali dibaca oleh setiap muslim agar diberi keturunan yang soleh.


{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

Semua satu dalam Digsby

salam semua 

korang nk tau ape itu Digsby? ia adalah software. software ini membolehkan kesemua akaun seperti googletalk, yahoo chat, facebook, email dan social network yang lain boleh dihimpunkan dalam satu perisian.

ia dapat menjimatkan, memudahkan daripada nk bukak satu2 akaun kan dan juga boleh mengurangkan penyemakan ("ayah apakah itu?") kat desktop berlaku.. 

aku baru terbaca td kat blog this. kemudian try.. berjaya.. yes!!

lebih kurang mcm ni dlm laptop aku...




senang+ringan rase nk bukak fb..


{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

PENTING!!! SELAMATKAN AKAUN FB KORANG SEMUA...!!!

 Firstly  nak Pesan sangat-sangat JANGAN sesekalli You'll KLIK LINK yang kononya :

a)  WOW! Its unbelieveable now you can really get to know who visits you on facebook anytime you like.. i can see my top visitors and i am so shocked that my EX is still creeping my photos every hour
or


b)  Please do your part in PREVENTING SPAM by VERIFYING YOUR ACCOUNT. Click VERIFY MY ACCOUNT right next to the comment below to begin the verification process.
or

 c)   Get your top stalkers
or


d)  insane who looks at your picture
or


e)  kat chatbox tu terkeluar 'is this your picture?'
or 


d) See who views your profile
or


e)  Free CityVille Cash !!
or


f)  Klik To See OSAMA Video
or


g) Securify is a feature that enhances safety of users of Facebook. Please click 'Securify' under the comment is to improve the security of your account.

Mesti You'll terkejut dan marah kt kwn2 you'll sebab napa post yang bukan2 kt wall dan inbox you'll kan ? bukan sekali dua tapi banyak kali you'll akan dapat mesej-mesej yang sama dari kwn2 you'll, Jangan marah kwn2 you'll tu, mereka tidak bersalah, sebab semua benda-benda tu terpost otomatik kat wall atau kat inbox atau kat chat box bila mereka ter'KLIK link-link atau application yang shaye sebutkan tadi.

Link-Link yang pelik-pelik ni yang bukan dari FB, jangan KLIK sbb BOT SCRIPT akan mengakses profile anda dan buat post sebanyak yang boleh ke kawan kawan anda dan boleh serang wall you'll atau conteng wall inbox orang lain tanpa you'll sedari dan nama tu atas nama you'll sendiri, tentu kacau bilau kan, buat-buatnya orang tu tak bercakap dengan you'll tetiba dapat mesej dari you'll, kan malu jadinya. maka jadilah mesej yang tak di undang! SPAM dan benda-benda ni pun ada yang dalam bentuk Page Event better hati-hati, dan satu lagi benda-benda ni boleh sedut password you'll.

Satu lagi walaupun kita tak klik, tapi kawan kita yang klik atau kawan-kawan dalam friendlist kita yang klik, otomatik benda tu Random dan akan terkena pada kita juga, kena beritahu pada kawan-kawan yang lain secepat mungkin, Benda-benda ni bukan hantar sekali jer, tapi berkali-kali kat orang lain tanpa kita kehendaki, ok mesti you'll bertanya dalam hati, kalau dah ter'KLIK macam mana nak buat ?

Ok Don't Worry cuba cara ni, You'll g kat privacy setting pastu cari button  Apps and websites klik Edit your settings tu, masuk kat dalam pastu cari button Remove unwanted or spammy apps klik jer remove tu, pastu kuar app yang pernah kita Klik, bila senarai Link terus tengok belah kanan sekali nanti nampak button edit setting dgn tanda X, You'll boleh klik tanda X jika tidak berkenaan, bila dah wat setting ni, jika ada masih lagi yang terpost atau tagged event tunjuk kat notification you'll benda ni akan jadi tak nampak dan dah tak boleh buh kat wall atau kat inbox you'll

Satu lagi macam-mana nak layari FB dengan selamat tanpa di intai oleh spy atau hacker atau cilaker !! yang suka mengganggu hak asasi orang lain, ok senang jer You'll gi kat Account setting pastu cari Account security pastu klik buton change,

Bila dah klik nampak tak ada dua kotak yang kena klik, satu Secure browsing (https) Browse Facebook on a secure connection (https) whenever possible satu lagi Login Notifications When a new computer or device tries to access my account: Send me an email ok klik dua-dua kotak tu, pastu klik Save. ok siap, nanti you'll boleh nampak address akan bertukar jadi http:// maksudnya you'll punya FB account dah secure dan boleh berfb dengan aman dan damai pastu tiap kali ada application atau invite game akan ada warning tunjuk kat fb you'll yang benda yang masuk ni tak dibenarkan sebab ada something, dengan ni mudah you'll nak tau benda-benda yang datang tu ok atau tidak hehehehe.....

Cuma bila you'll logout pastu nak masuk berfb balik, macam biasa lepas dah masuk email pastu password pastu login kan? jangan terkejut bila skrin pc atau leppy you'll tunjuk kotak yang kena letak computer name tu, jangan panik just masukkan je apa-apa nama tapi you'll kena hafal, dah siap klik continue, bagi shaye lebih baik reka nama yang lain selain dari password sebab mana lah tau orang tu tau password kita tau email kita pastu mesti dia ingat computer name pun password kita juga, ni kalau yang otak betol-betol terer laa...better tuka nama lain.

Bila dah confirm you'll akan masuk semula kat FB masing-masing dan jika pc kita atau leppy kita yang selalu kita guna, computer name tu akan keluar sekali jer bila nak berfb semula, kalau you'll g cc ke atau guna leppy kawan ke memang computer name tu akan minta password sekali lagi, cara begini memang secure sebab FB sendiri protect account you'll sebanyak dua kali, jika ada orang tau email dengan password you'll. tetiba pc atau leppy minta computer name, memang mereka dah tak boleh nak masuk !! itu kebaikannya.

SILA SEBARKAN NOTA INI UNTUK MENYELAMATKAN RAKAN-RAKAN KITA YANG LAIN, SEBAB BARU JE ADAPAT INFO YANG BENDA NI DAH MULA MENYERANG BERIBU-RIBU PENGGUNA, SEBARKAN CEPAT SEBELUM TERLAMBAT !!!! LAKUKAN DENGAN RELA DEMI KEBAIKAN INSAN FB SEJAGAT...

Selepas you'll baca ni better tukar password baru, pastu scan virus dan pastu restart pc atau leppy you'll, untuk melayari internet dengan selamat dan bersih dari kekotoran virus sebelumnyer.




{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

Download Album Facebook Dengan 1 Klik

Salam semua.

sedang saya ushar2 blog saya terpandang satu software ni yang dipanggil.. FacePad.
FacePad ni adalah software yang mudah untuk download gambar-gambar dalam album dengan 1 klik sahaja. 
FacePad ni plugin firefox , jadi kena guna browser firefox untuk jalankannya.

kebaikan FacePad ni semestinya adalah MENJIMATKAN MASA. ye dok??  bagi mereka yang ada satu dua album mungkin xde masalah  tetapi bagi yang giler bergambar yg de berpuluh2 riban album memang bermasalah ke.. untuk nak backup. Backup ni penting album kena suspenden ke huhu...

.... Install....

Install mcm biasa.. lepas tu right klik pada album facebook yang korang download, pastu klik pada "download album with FacePad".

p/s : satu kekurangan FacePad ini ialah semua gambar uang didownload akan terus ke desktop. so hati2 bile korang download jika ada 1k gambar.. huhu

{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

papa

papa mama nk idup bahagia dgn papa
{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

ya Allah

ya Allah jikalau benar die adelah jodohku, kau panjangkanlah jodohku untuk dye,
jikalau bukan kau bukakanlah hati kami untuk menerima perpisahan ini ya Allah.

papa.. mama syg papa.. mama xnak perpisahan ini terjadi papa.
{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

kahwin... kahwin.. kahwin..

pada tanggal 10/2/2012 seorg lagi sahabatku telah selamat mendirikan rumahtangga iaitu seri dan skrg gelarannya adalah PUAN SERI not not puan seri tu tau tp ni mmg nama dye seri so kena pggil lah PUAN SERI.. hehe.. 
majlis ini berlangsung ari jumaat di jalan kenanga, kampung tapu, wakaf tapai marang terengganu...

xreti nak bercerita panjang .. jom tgk gambor yg saya amek dr fb kwn sy.. huhu..  ms sy CURIK2 gambar dye br mtak permission haha jht dok kawang wat gi2.. haha





















{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

♥ MENJADI ISTERI PENUH PESONA ♥

salam n slmt petang.. sekali lagi dipanjatkan syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana masih memanjangkan umur ku ari ni.. 

hai kwn2.. di cni saya nk share mengenai  ♥ MENJADI ISTERI PENUH PESONA ♥

menurut artikel ini :---


Rasulullah saw pernah bersabda kepada ibu saudara Husain bin Mihshan, “Perhatikanlah sikapmu terhadap suamimu, kerana ia adalah syurga dan nerakamu”

Kita bagaimana? 

Rasulullah saw juga pernah bersabda,

“Isteri-isteri kalian yang termasuk penghuni syurga ialah yang penuh kasih sayang, banyak anak, suka kepada suaminya; jika ia marah kepada suaminya, ia akan datang kepadanya sambil meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata,’Aku tidak dapat memejamkan mataku hingga engkau redha’.” Hadith riwayat Al-Baghawi dalam As-Silsilah Ash Shahihah. 

Alangkah indahnya hidup suami isteri yang rukun aman damai lagi penuh kasih sayang. Penuh kemaafan dan saling manja-memanjakan satu sama lain. Namun ramai antara isteri-isteri sejak dulu hingga kini lebih suka mementingkan diri sendiri. Tersalah bicara sikit, tersentuh hatinya sedikit, terus-terusan berlagak diva. Nak jugak suami datang memujuk. Betul ke tindakan ini selaras dengan anjuran Rasulullah saw? Kadang-kala sampai seminggu tidak bertegur sapa. Bila masuk tidur, terus paling muka ke dinding. Ada apa istimewanya dinding yang keras itu sehingga setia merenungnya sampai berminggu-minggu. Penting sangatkah perasaan kita sehingga menidakkan hak suami terhadap empunya diri? 

Berapa ramaikah di antara isteri-isteri sejak dahulu dan kini memohon maaf terhadap suami sebelum masuk tidur setelah bermasam muka? Wahai isteri-isteri akhir zaman, reda dan padamkanlah api amarah dengan senyum manismu. Suburkanlah kasih-sayang yang kita cipta sendiri bersama-sama selama ini. 


Alangkah bahagianya dapat merenung wajah manis suami yang bertungkus-lumus dan bekerja keras untuk mendapatkan kita suatu ketika dahulu. Sebagai seorang lelaki, mereka juga ada rasa malu yang menebal terutamanya bila tiba masa nak mengurat. Walaupun malu, digagahkan juga semata-mata untuk memiliki diri kita. Belum lagi cerita bab masa nak berjumpa ibu bapa kita dan ipar duai. Berdebar-debar sudah tentu. Mana tak berdebar, buatnya tak diterimanya dia. Tak ke malu? Malu seh! Itupun ditebalkan juga muka mengadap ibu bapa kita. Dialog? Tak payah cakaplah, mesti tak tidur malam memikirkan ayat-ayat yang nak diatur sebagai pemula bicara. “Makcik…. saya sukakan anak makcik…. kalau boleh saya nak berkahwin dengan dia.” Rasa-rasa…. Senang ke? Kalau saya sebagai perempuan ni, tak sanggup nak pikul tanggungjawab tu. Betullah lelaki ni hero segala-galanya pada perempuan! Bila lelaki dah bercakap macam tu pada ibu bapa, kita rasa sangat-sangat dihargai. Ibu bapa kita pun berbunga-bunga hati untuk menerima orang baru dalam keluarga.

Bila dah berkahwin, suami kita jadi lain macam excitednya. Rasa kita ni betul-betul di bawah jagaan dia. Kalau dulu, dia pun di bawah jagaan ibu bapa dia, sekarang dia pulak yang nak menjaga anak orang, perempuan pulak tu…. Hish! Kena jaga betul-betul ni! Jalan berpimpin, takut jatuh. Makan bersuap takut tak kenyang pulak anak dara orang ni. Tidur bertepuk takut tak lena. Bak kata orang diselimuti kita dengan penuh kasih sayang. Semuanya diuruskan dengan baik agar anak orang ni rasa bahagia. Itulah istimewanya menjadi isteri kepada seorang suami yang bertanggungjawab. Itu tanggungjawab suami. 

Tanggungjawab kita sebagai isteri? Sedihnya ramai yang lupa tanggungjawab diri sendiri terhadap suami. Hanya tahu membebankan dan menyesakkan fikiran suami dengan segala macam permintaan yang tiada kesudahannya walaupun hampir tiba masa dua tiang dipacakkan ke tanah. Nauzubillah…..

Itu belum lagi bercerita tentang mulut-mulut power sang isteri. Suami yang bekerja keras setiap hari agar anak-anak dan isteri dapat makan setiap hari, dihamburkan pula dengan kata-kata yang menyakitkan hati. Sudahlah seharian berpenat-lelah, di rumah pula mendengar leteran si isteri yang bermulut muncung. Belum lagi yang sentiasa melihat keburukan suami tanpa menoleh seketika melihat kasih-sayangnya pada kita.

Ramai juga para isteri di zaman ini yang menidakkan pemberian suami selama ini. Sabda Rasulullah saw kepada isteri-isteri sebegini:

“Neraka diperlihatkan kepadaku, dan aku sama sekali belum pernah melihat pemandangan pada hari ini yang lebih mengerikan dari neraka. Dan kudapati sebahagian besar penghuninya adalah para wanita, kerana mereka kufur terhadap pemberian suami mereka. Jika kamu berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama setahun penuh, kemudian ia melihat sesuatu pada diri kalian, ia akan berkata, ‘Aku tidak pernah melihat sedikit pun kebaikan darimu’.” Muttafaqun ‘alaih.

Aduh! Aduh! Isteri-isteri zaman sekarang! Insaflah! Syurga kita terletak pada redha suami. Tenangkanlah sanubarinya dengan kelembutan, kesopanan dan keprihatinan kita. Sematkanlah sentuhan penuh kasih sayang kita di jiwanya agar hidupnya tidak keruan tanpa kita. Suburkanlah roh Islam di dalam rumahtangga yang sama-sama kita cipta dalam mencari erti bahagia sementara di sini ke arah menuju sejahtera di sana yang kekal selamanya.

Saidatina Aisyah ra pernah berkata, “Wahai kaum wanita, seandainya kalian mengetahui hak-hak suami atas diri kalian, nescaya salah seorang dari kalian akan mengusap debu dari kedua kaki suaminya dengan pipinya.” HR Ibnu Majah, Shahih At-Targhib wa At- Tarhib.

Begitulah besarnya hak dan kedudukan suami dalam hidup kita seharian. Sebagai seorang isteri, kita perlu sentiasa berfikiran terbuka dan sedaya-upaya cuba mencambahkan minda serta mencari jalan untuk membahagiakan hati suami dan berkejar-kejar untuk mendapatkan keredhaanya.

Persoalannya, apakah hak-hak suami terhadap kita selaku isterinya? Jarang kita bertanya pada diri sendiri tentang keperluan suami pada diri kita. Apakah yang dia dambakan daripada kita sebagai isteri yang masih setia bersamanya? Mungkin di sini boleh saya gariskan beberapa tips atau hak seorang suami yang diperlukan daripada diri kita sebagai isteri. 

PERTAMA: 
TAATLAH DIRINYA DALAM PERKARA KEBAIKAN!Taat dalam kebaikan ini bermaksud kita taat dalam perkara yang suami suka dan benci. Seandainya suami kurang gemar kita bercampur gaul dengan rakan-rakan wanita di rumah, maka taatlah dan berusaha meletakkan jurang dalam pergaulan dengan memberikan pelbagai alasan. Jadi ketepikan dahulu selera dan citarasa kita semata-mata agar suami bahagia.

Begitu juga dengan soal berpakaian. Tanya dahulu pendapat suami tentang pakaian yang akan kita pakai seharian sama ada di rumah mahupun di luar. Seandainya suami tidak redha walaupun pakaian tersebut merupakan kegemaran atau kebanggaan, tolaklah ketepi. Seandainya kita telah mengenakan pakaian tersebut, kuatkanlah semangat untuk menanggalkannya demi suami. 

Lakukanlah semata-mata kerananya demi syurga yang kita kejar.

KEDUA:
BERSABAR!
Tatkala marah, tenangkan suami dengan kata-kata lembut, senyum dan merendah diri. Setidak-tidaknya diamkan diri dahulu, berikan peluang dia meluahkan perasaannya. Tidak salah meminta maaf walaupun kita di pihak yang bersalah ataupun tidak. Kalau dia bersuara, bermakna ada sesuatu yang tidak menyenangkan perasaannya. Jadi, mahu tidak mahu, tentu ada salah di pihak kita. Dalam sebarang pertikaian, tidak penting soal menang dan kalah kerana kita melayari bahtera ini bersama-sama, jadi perlukah soal ego diletakkan di hadapan? Yang penting bagaimana cara kita berusaha untuk mengembalikan keamanan dalam diri masing-masing. 

Cuba sedaya-upaya tidak ambil serius kata-kata yang mengguris perasaan kita. Buangkan jauh-jauh bisikan syaitan yang cuba menyemarakkan api kemarahan suami isteri. Makhluk yang dilaknat itu memang suka andai kita suami isteri berpecah-belah. Padamkanlah amarahmu dengan zikir. Tidak salah melawak dan tersenyum-senyum kambing sambil memeluk tari dengan suami. Lama-kelamaan marahnya akan reda.

Tanamkan dalam diri bahawa walaupun berselisih pendapat dan tidak sehaluan dalam sesetengah perkara, kita tidak akan membiarkan masalah itu berlarutan. Cuba bertekad bahawa seminit selepas pertikaian berlaku, kita akan menggenggam erat tangan suami dan berusaha mengembalikan denyutan jantung yang berdegup kencang tadi kepada helaan nafas satu per satu yang tenang. Akhirnya kita berdua akan merasai bahagianya bersama-sama.

KETIGA:
BIJAK KENDALIKAN KONFLIK
Tips utama adalah rahsiakan perselisihanyang berlaku. Kita yang mencipta masalah, kita jugalah yang perlu menyelesaikannya dengan bijak. Kita yang mendirikan rumahtangga ini, kita lah yang akan memastikan ianya terus kekal hingga ke syurga. Bentengkan diri dengan ilmu dan fikiran yang waras. Elakkan campurtangan ibu, mak mertua, ipar duai dan seumpamanya. Pekakkan telinga dengan pendapat yang mungkin akan memisahkan kita dengan suami. Perhatikan dalam-dalam bola mata suami, insyallah kita akan ketemu bahagia di sana. Dialah orang yang kita cintai ketika lafaz akad meniti manis dari bibirnya dahulu.

Kedua, lihat kelemahan diri sendiri dahulu sebelum tangan menundingkannya ke arah suami kita. Perlu dijngat bahawa suami adalah pemimpin, dan dia tahu peranannya sungguhpun tidak diluahkan dengan kata-katan. Pokok utama rumahtangga adalah iman kepada Rabb dengan penyerahan sepenuhnya. Walau segunung konflik yang melanda sekalipun, andai ada tawakkal yang penuh kepada Allah, nescaya hilanglah semua itu bagai angin lalu.

Ketiga, tenang, perlahan-lahan dan bijaksana ketika timbul sebarang konflik. Cuba jangan buat sebarang keputusan secara mendadak atau mengikut perasaan atau dengan kata kasarnya membabi buta. Berikan masa untuk masing-masing mengoreksi diri, buang ketepi kelemahan pasangan dan carigali serta angkat kehebatannya sebagai pasangan kita. Lama-kelamaan perasaan benci akan lenyap dan lahir sayang yang berpanjangan demi mencari keredhaan suami dan Allah.
 

{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

15 Anugerah Yang Allah Berikan Pada Wanita

1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,“Tidak”.
Sabda Baginda, “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.”
2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.
4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).
5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”
6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”
7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”
8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”
9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”
10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”
11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.
13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
15. “Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya.” Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

 
۩۩ This Blog is Protected. Copyright 2011 © Design By Miss Fara Chew ۩۩
۩۩ Ini Blog Miss Fara Chew. Jangan Copy, Jika Suka Sila Credit ke Miss Fara Chew۩۩