Cinta Buat Emelda


best x cerita kat atas???

mestilah best.. kiniku ketagih cerita ni.. best sgt xsbr nak tggu esok..
dulu 1st episod tgk lag kejap tp tgk ntah pape crt ni..
2nd episod mcm tu gak..
lama2 xpaham dh crt..

br mggu 2 lpas kot tgk2 mcm best jugak crt ni
pas2 dok layan2 lama jd xsbr nk tggu episod next nyer.

rupanya crt ni diamek dr novel..
not bad jugak kan..

so nak tau sinopsis crt ni x ??? nak tahu JOM..

Sinopsis Drama Cinta Buat Emelda dari Novel


Emelda sama sekali tidak menduga begini lipatan takdir yang dijanjikan untuknya. Namun dia tetap pasrah dan reda dengan setiap ujian yang datang. Yakin... Sesukar mana pun perjalanan hidup, masih ada keindahan dan kemanisan yang akan dikecapi. Lantaran itu, dia rela bila melihat derita yang ditanggung oleh si kakak.

Jika inilah yang dinamakan pengorbanan, dia tahu dia telah melakukan pengorbanan yang tidak ternilai harganya. Masa depan dan harga diri! Namun, apa pilihan yang dia ada? “Tapi... dalam hidup ini tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apa lagi bila melibatkan perasaan orang lain.” Akur dengan kata-kata itulah, Emelda akhirnya rela memperjudikan nasib bersama Aril Fatah. Meskipun saat memandang wajah itu tidak ubah seperti melihat kertas putih. Tapi demi Atiea dan Dania, dia tetap mencuba sedaya yang boleh.

Walaupun dia tahu, bila kebenaran terbongkar, dia yang akan karam sendiri! “Benarkah perkahwinan tanpa cinta itu teguhnya seperti sebuah istana pasir? Diusik ombak, pasti akan goyang. Apatah lagi jika gelombang yang tiada taranya.” Lantas hati kecil Emelda bertanya, “Inikah balasan atas pengorbanan yang kulakukan selama bertahun-tahun ini?” Sedangkan dalam waktu yang sama, Aril Fatah leka memikirkan kata-kata tulus Hakimi yang lebih kepada cabaran. “Kalau benar sayang, berusahalah untuk mendapatkan cintanya!” 


Bahagiakah perkahwinan yang dibina bukan atas dasar cinta? Mampukah Aeril menawan hati Emelda? Apakah rahsia yang disimpan oleh Aeril mengenai kehidupan silamnya tujuh tahun lalu? Jangan lupa saksikan Cinta Buat Emelda.

nak tahu lebih lanjut!!

Jadi kepada semua, jangan lupa saksikan Cinta Buat Emelda keluaran Metrowealth yang akan menemui anda menerusi slot Akasia, TV3 pada Februari ini pada pukul 7.00-8.00 malam setiap hari Isnin-Khamis. 


{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

0 comments:

 
۩۩ This Blog is Protected. Copyright 2011 © Design By Miss Fara Chew ۩۩
۩۩ Ini Blog Miss Fara Chew. Jangan Copy, Jika Suka Sila Credit ke Miss Fara Chew۩۩