tudung + veil

waduh.. fenin nak cari tudung camane nak pakai for engage nanti... nak pakai shawl ke tudung de awning tu.. 
dok cari-cari dalam google ni lah hasil pencarian huhu




aku lebih suka yang ini.. amacam ok x!!







{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

"Oh My Ganu" gantikan "Oh My English"

tengok tajuk betul ke ni nak tukar dari English ke Ganu..
bahasa ganu boh...xsabor nk tengok boh.. haha
mesti lawak giler kentanggg punyer.. 
nak tahu sape pelakong nyer..
mestilah zizang raja lawak...

nak tahu bile boleh tengok ??

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton telefilem khas kesinambungan daripada siri Oh My English! yang berjudul Oh My Ganu! yang akan disiarkan pada 27 November 2013, jam 9 malam secara eksklusif di Astro TVIQ (Saluran 610) dan siaran serentak di Astro Maya HD (Saluran 135). Telefilem ini juga boleh ditonton oleh pelanggan NJOI, menerusi Astro Prima (Saluran 105) pada jam 9.30 malam pada hari yang sama.

Telefilem Oh My Ganu menyambung kisah episod kemuncak iaitu episod 20 Oh My English musim kedua, yang berakhir dengan babak tergantung yang mana Mr. Henry Middleton (Zain Saidin) harus memilih sama ada berjumpa Sara Jane (Gabriella Robinson) yang akan berangkat ke United Kingdom, ataupun Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah) yang mengambil keputusan untuk pulang ke Terengganu. Pada hujung rancangan, penonton diberi peluang untuk membantu Mr. Middleton memilih antara Sara Jane di UK atau Cikgu Ayu di Terengganu melalui undian dalam talian atau menerusi media sosial. Sebanyak 50,000 undian penonton telah diterima dan hasilnya 89% daripada undian menyebelahi Cikgu Ayu. Keputusan inilah yang telah membentuk jalan cerita telefilem ‘Oh My Ganu’.

{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

preparation engagement 1

tinggal sebulan lebih je lagi majlisnya..
banyak lagi x wat ni..
wat senarai pon tapi xtengok huhu
semua dalam kepala..
pastu tension hahaha dok pikiaq je.. huhu
xmo xmo macam tu..

serba sedikit mengenai preparation ni :

majlis : 27.12.2013
tempat : rumahku syurgaku :)
tema : merah + hijau turqoise


ok x?? huhu

pakaian:
baju perempuan : sedang ditempah
baju lelaki : sedang ditempah
samping : coming soon
tudung : coming soon
veil : coming soon
kasut : coming soon
perhiasan kepala : coming soon

pelamin :
langsir : soon
 bunga hias : soon
bantal : soon
lapik duduk : soon



sample baju
rase2 ok x dengan orang chubby mcm i ni.. huhu
harap2 ok..

hantaran :
 tema hantaran 
lelaki : biru turqoise +purple
perempuan : blush
bekas hantaran : belah laki + perempuan : soon
hiasan hantaran : soon 
huhu
semua soon
haha


belah perempuan :
kain telekung  : done
kek  : sedang tempah
buah : dah dekat baru beli
cincin : done
manisan/kuih muih  : sedang tempah
coklat  : sponsor by sister

belah lelaki :
baju : done
kek : soon
buah : soon
cincin : soon
kuih muih/manisan : soon

xnak byk2 hantaran.. huhu


{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

LAGENDA BUDAK HOSTEL


HUHU
memang lawak betol ler...
xkering gusi..
padahal air liur selalu ada.. cmana leh kering gusi.. huhu

dah dua bulan filem ni kat panggung.. ari ni baru tengok..
kesian seyyy


{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

CONGRAT ADIK-ADIK UPSR



hepy dengar result adik2 yang dapat upsr..
syukur.. dengan mendapat result yang baik jangan kita mudah alpa
harap dengan result ni akan jadikan kita ke arah lebih baik
masih jauh perjalanan adik2..

yang tak dapat 5A jangan putus asa
masih ada harapan adik perbaiki diri dan result dengan
peperiksaan yang lain..

tahniah!!!

{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

peri peri chicken @ Mesra Mall akan dibuka November ni ??


guess what ??

Nando's nak buka cawangan di Mesra Mall??
yang happynyer Bulan ni.. wah.. bestyer
dah lama mengidam..
btw you all tahu2 la kan kat terengganu susah nak jmp restaurant mcm2 ni
asyik2 kfc, pizza, mcd..
so bored..
kat kuala terengganu pon xde..
xde apa2 maksud 
Bandaraya Kuala Terengganu
tapi mungkin lepas ni ada
sebabkan ade 2 bangunan yang akan siap shopping mall
harap lepas ni akan lebih berkembang dengan harga barang yang berpatutan..

yeah2.. harap next week i p kemaman singgah mesra mall
dah open ye nando's..
huhu

see ya

{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

gaya tudung simple



wah... nak try gaya ni la..
mudah sangat n simple...
lepas ni boleh try g keje..
cari shawl banyak2.. or mungkin leh jahit sendiri..


{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

SET KESIHATAN OPTIMUM

Set Kesihatan Optimum Shaklee memberikan nutrien yang berkhasiat untuk anda sekeluarga supaya kekal sihat dan bertenaga.

Kebaikan:


  • Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh
  • Membantu anda berasa lebih bertenaga
  • Menguatkan sitem imun
  • Membekalkan khasiat untuk kulit, rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat 
      
    set kesihatan optimum





    Kepentingan setiap vitamin shaklee kepada tubuh



{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

Khasiat ESP


  • ESP meningkatkan penyerapan protein, mengatasi masalah angin dan ketidakselesaan perut...

  • ESP mengurangkan paras kolesterol dalam darah sebanyak 23%...

  • 60 kajian menunjukkan protein soya meningkatkan ketumpatan tulang...

  • 2 kajian menunjukkan pengamal ESP + Vit E serentak merendahkan sehingga 40% LDL (kolesterol buruk) yang membawa risiko darah tinggi dan sakit jantung...

  • 4 kajian menunjukkan ESP menghalang LDL (kolesterol buruk) dari teroksida bagi mengelakkan risko strok dan arteri tersumbat yang menjurus kepada sakit jantung...

  • ESP menghalang pembentukan batu karang yang biasa dialam oleh kaum lelaki...

  • ESP mengelakkan kerosakkan buah pinggang. Protein haiwan boleh merosakkan buah pinggang tetapi Protein Soya akan melindungi buah pinggang...

  • ESP mengandungi kandungan protein lengkap dan isoflavene mencukup dimana isoflavene adalah bahan semulajadi yang diperlukan badan untk melawan kanser...

  • Protein dan isoflavene dalam ESP bertindak serentak untuk menghalang sel tidak normal  untuk terus membiak menjadi sel kanser...

  • Protein soya menghalang sel kanser dari merosakkan arteri dan menyerap nutrisi dari badan...

  • Protein soya meningkatkan aktivit sel darah putih yang merupakan sistem pertahanan badan kita dalam melawan serangan, penyakit dan jangkitan virus/bakteria/kuman dsb...

  • Lysine dalam ESP jika diamalkan dengan Vitamin C akan mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 90%

  • ESP jika diamalkan dengan flavanoids mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 10x ganda

  • ESP jika diamalkan bersama Shaklee Corotomax dan Ostematrik mengurangkan pembiakan sel kanser sebanyak 10x ganda...

  • Protein ESP menggalakkan proses pemulihan sel rosak kepada sel sihat untuk fungsi badan yang sempurna...

  • ESP terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya...

  • ESP membina sel otot, kulit dan hormon yang seimbang, menyokong sistem imunisasi badan membina kesihatan jantung dan protat bagi lelaki...

  • ESP mengawal 'mood swing' pada wanita ketika PMS dan wanita menopause...


{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

Harga Promosi Shaklee Collagen Powder: Buy 6 free 1, atau 1 kotak harga bawah RM2XX!



Bulan Oktober, promosi beli 6 percuma 1, SHAKLEE COLLAGEN POWDER.
Nak hilangkan jeragat?
Mahu awet muda?
Nak hilangkan kedut di muka ?
Nak kulit lembab dan tegang ?
Nak cerahkan kulit?
Nak suburkan rambut?
Mahu kecilkan liang pori di muka?
Nak kurangkan sakit sendi?
Kurangkan keletihan?
Dan banyak lagi manfaat lain, shaklee collagen powder la jawabnya...

Antara manfaat shaklee collagen powder ni ialah:

- meningkatkan kelembapan kulit
- mengurangkan kekasaran dan kekeringan kulit
- meningkatkan kelembutan & kelicinan kulit
- meningkatkan keanjalan, ketegangan dan elastisiti kulit
- meningkatkan ketebalan rambut
- menambah keserian , tona & warna kulit
- mengurangkan garis-garis halus dan kedutan
- menyokong kesihatan sendi dan tulang

Ujian klinikal juga membuktikan bahawa kesan ketara boleh dirasai setelah 8 minggu penggunaannya....
Collagen ini juga boleh dibuat masker ye....hehe
Nak harga promosi tergempak collagen ni? Harga promosi shaklee collagen powder ini sekotak adalah bawah RM210 sekotak untuk bulan ni. Beli 2, 3 atau lebih, penjimatan beratus ratus ringgit...
buat pegetahuan,
Harga retail collagen powder ialah rm298/rm312 bagi semenanjung/sabah & sarawak.

Nak tahu berapa sebenarnya harga special shaklee collagen powder ini dari saya? Jom sms/whatsapp sy di 019-9887126..
Jika beli 1 set iaitu 6 kotak free 1, anda bukan saja dapat FREE MEMBERSHIP tapi juga layak untuk dapat Bonus atau  cashback sebanyak RM110! Jimat bukan?!!
Promosi hanya setahun sekali ye..,,lepas ni takde dah...jangan merayu la nak harga promo...hanya di bulan OKTOBER... jom rakyat malaysia, termasuk sabah dan sarawak...jom order!

{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

Khasiat advanced joint health shaklee

Sakit sendi sering menghalang anda untuk gaya hidup yang lebih aktif. Jika sekiranya anda atau orang tua mahupun sesiapa sahaja dalam keluarga anda sering diserang sakit sendi, inilah masanya anda untuk mencuba Advance Joint Health Tablet keluaran Shaklee untuk kelegaan segera!  KESAN DAPAT DIRASAI SEAWAL 5 HARI! (berdasarkan ujian klinikal).

Jangan biarkan kehidupan sihat dan aktif anda terganggu dengan masalah sakit sendi. Pengambilan Advance Joint Health Tablet dalam dos yang betul dapat menguatkan sendi-sendi supaya terus fleksibel, kuat dan memudahkan pergerakan.


Sendi yang sihat :
tulang rawan,:
  • Bertindak sebagai kusyen, sebagai pelindung terhadap sendi
  • Membenarkan tulang-tulang untuk geluncuran atas satu sama lain
Bendalir Sinovia:
  • Sebagai pelincir dalam sendi
  • Memberi khasiat kepada tulang rawan
Komponen lain:
  • Tendon → struktur berserat yang menghubungkan otot pada struktur tulang
  • Ligamen → serat yang fleksibel yang mengikat tulang bersama

Sendi yang tak sihat:

Arthritis:
Rheumatoid arthritis(RA)
  • -keradangan berlaku apabila bendalir sinovia diserang oleh sel darah putih teraktif,menyebabkan bahan kimia tertentu dilepaskan ke dalam bendalir.
  • -minyak-minyak ikan atau herba seperti Boswellia membantu pengidap RA
Osteoarthritis(OA)
-kemerosotan tulang rawan menyebabkan kesakitan apabila tulang-tulang gosok antara satu sama lain.
-Glukosamina membantu melambatkan kehilangan tulang rawan.

Seliuh
_kecederaan pada sekitar ligament satu sendi.
-bila ligament diunjurkan terlalu jauh atau koyak,sendi menjadi sakit dan bengkak.

Tendinitis
-keradangan,kegatalan &bengkak pada tendon.
-tendon hilang keanjalan akibat kecederaan,penggunaan berlebihan atau penuaan.


Simptom-simptom sendi yang tidak sihat:
*ketegangan
*lenguh
*Bengkak
*kesakitan
*Berkeriut atau bunyi klik bising
#  Tulang-tulang hilang kalsium & lain-lain mineral-   ↓ Kepadatan tulang
#  Spina terdiri daripada tulang-tulang yang dipanggil vertebra. Antara setiap tulang terdapat gel (cakera intervertebral) yang bertindak sebagai kusyen. Batang spina menjadi lebih pendek apabila cakera-cakera beransur-ansur hilang bendalir, menjadi lebih nipis & mampat.
#  Sendi-sendi menjadi lebih keras & kurang fleksibel. Bendalir dalam sendi-sendi mungkin berkurang & tulang rawan mula gosok antara satu sama lain & menyebabkan kesakitan.


CARA bagi melegakan sakit sendi dengan cara:
Ubat atau Suntikan
ü  Melegakan kesakitan & keradangan untuk sementara masa sahaja
ü  Merosakkan organ-organ dalaman
Pembedahan
ü  Mahal
ü  Pergerakan terhad

Nutrien Untuk sendi yang sihat:
Glukosamina
Blok pembinaan utama dalam membina tulang rawan dan bendalir sinovia
Vitamin C
Menghalang kerosakan radikal bebas yang ditemui dalam bendalir sendi pesakit RA & sendi yang radang.
Omega
Sebagai agen anti-inflamasi dalam sendi
  • Melambatkan degradasi tulang rawan
  • Boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi – mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi
  • Bertindak sebagai pelincir – membantu bergerak lebih bebas apabila sendi-sendi berkeriat-keriut & sakit
Kalsium & mineral
Penting dalam membina sel tulang yang sihat

Shaklee Advanced Joint Health Tablet Menyokong Kesihatan Sendi Berpanjangan 
Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.
Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unik Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

Manfaat Shaklee Advanced Joint Health ini ialah dalam  3 cara iaitu:
  • Menyokong keselesaan sendi (Ekstrak Boswellia) dengan menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayuveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya,. bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.
  • Bertindak sebagai kusyen ( (Ekstrak jagung) membantu mengekalkan tulang rawan. Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina ialah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia juga ditemui dalam tendon dan ligamen.
  • Memelihara tisu penyambung yang sihat (zink, tembaga, mangan dan vitamin C). Sebagai nutrien pentinng dalam kesihatan sendi, zink, tembaga, mangan  dan vitamin C membekal sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.

Kekalkan kesihatan sendi, yang aktif dan lasak terutama sekali gologan dewasa dan warga tua. Bagi jutaan orang yg mempunyai ketidakselesaan sendi, aktiviti biasa seperti membengkok, duduk dan berjalan pun terasa begitu mencabar. Elakkan ketidakselesaan sendiri menghalang anda daripada bergerak aktif dan melakukan perkara-perkara yang anda gemari. Pencegahan awal boleh menjadikan anda sihat pada masa akan datang. Sama ada anda penghidap sakit sendi atau pun tidak, adalah penting anda mendapatkan nutrisi sendi seiring dengan peningkatan usia.

Kenapa harus JHT?
Bebas Kondroitin
  • TIDAK MENGANDUNGI  kondroitin sulfat sebab ia tidak diserap dengan baik bila diambil secara oral
  • Kajian terkini menunjukkan kondroitin sulfat mengganggu penyerapan glukosamina yang biasanya senang diserap

Perbezaan bahan-bahan yang tekandung di dalam JHT dengan jenama lain yang terdapat di pasaran.
JHT mengandungi bahan-bahan (dibawah), manakala kebanyakan jenama-jenama lain hanya bebas kondroitin sahaja..
~Extrak Boswellia
~Bebas Kondroitin
~Formula sayur-sayuran
~Vitamin C
~Zink,tembaga & mangan
Jom sama-sama memelihara sendi supaya kuat,fleksibel dan bebas bengkak







{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

TOTAL WELLNESS PROGRAM

Di bawah ini disenaraikan pelbagai suplemen SHAKLEE yang disyorkan mengikut taraf kesihatan masing-masing. Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut dan free consultations.

Anti-Aging Vivix
Anti-Oxidants CarotoMax, Vitamin C, Vitamin E, Vivix
Athma, Sinus (Resdung), Allergy, Hives (Gegata), Eczema Alfalfa, B Complex,
Vitamin C
Breastfeeding Set Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, Performance Drink
Children's Health Chewable Vitalea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, MealShake
Confinement Set Vitalea, B Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP, Omega Guard
Diabetes Set Fiber, GLA Complex, B Complex, Vitamin C
Gout Set Fiber, Performance Drink, Omega Guard, Alfalfa
Immune Booster NutriFeron
Men's Health Vitalea, B Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, Performance Drink
Preggy Mommies Vitalea, B Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard
Skin Care B Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix
Students' (12 years ++) Vitalea, B Complex, Vitamin C, Lecithin, Omega Guard
Weight Management Fiber, Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch energy Tea Mix
Individuals that don't like pills @ tablets Meal Shake, ESP, Vivix, NutriFeron
{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

Alfalfa


Alfalfa adalah tumbuhan yang jarang diperkatakan. Mungkin kerana ia bukan berasal dari negara kita. Alfalfa sebenarnya sejenis tumbuhan/herba yang sagat kaya dengan nutrisi.

Khasiat Alfalfa boleh digunapakai untuk simptom berikut:

Bengkak, sakit sendi, arthritis, ulser, penyakit perut, masalah kolon, sakit ulu hati, hernia, sembab air, tiada selera makan, bengkak buku lali dan kaki, sinus, alahan, hayfever, gout, bau badan, kaki busuk, nafas berbau, serta tujuan detoksifikasi.

Alfalfa adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman , kaya dengan serat dan klorofil, kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol, dan anti-tumor dan anti-bakteria.

Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa:

Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata
.
Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur. 

Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa: 

Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Lain-lain KEISTIMEWAAN Alfalfa:

Kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan) –> membantu dalam penyusuan ibu. Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah, yang tidak kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain.

Alfalfa adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.

AWAS!!!!

Tidak semua alfalfa adalah sama,alfalfa yang didapati di supermarket adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tak mementingkan teknologi hijau. Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.

alfalfa




{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

Pesanan My leader tu anak buah

Bagi yg ingin berjaya and nak naik rank antara pesanan saya untuk anda:

1. RAJIN
2. BUANG SIFAT MALAS
3. SANGGUP BERKORBAN MASA DAN TENAGA
4. TIDAK MENJADIKAN APA2 MASALAH SEBAGAI HALANGAN
5. BERFIKIRAN POSITIF
6. TIDAK BURUK SANGKA PADA ALLAH DAN PADA ORANG LAIN
7. SENTIASA BERSYUKUR
8. SENTIASA MENDEKATKAN DIRI PADA ALLAH
9. BERLAPANG DADA UNTUK MENERIMA SEBARANG TEGURAN DAN NASIHAT
10. SANGGUP DHUHA SETIAP HARI, TAHAJJUD PALING KURANG 2X SEMINGGU.
11. JANGAN MENCARI ALASAN ALASAN DAN ALASAN. ORANG YG TIDAK BERJAYA ADALAH ORANG YG SUKA MENCARI ALASAN.
12. SENTIASA YAKIN, YANG REZEKI ITU DATANGNYA DRPD ALLAH.
13. HINDARKAN DIRI DARIPADA MELAKUKAN DOSA..STOP MENGATA, MENGUTUK, MENGUMPAT DAN SEBAGAINYA.,,JAGA AURAT KITA DENGAN SEMPURNA,,.

Kalau ada yg sanggup cabar diri untuk dapatkan apa yg diinginkan sila buat 13 PERKARA DI ATAS.
Kejayaan bukan datang dengan sendirinya tanpa usaha.. JANGAN JADI MALAS tapi rezeki nak Allah bagi.. Kalau kita tak usaha dan tak mintak pada dia.. doa pun tak betul2 focus camana Allah nak bagi.

SILA UBAH DIRI UNTUK CAPAI KEJAYAAN..DAN MENJADIKAN KITA ORANG YG SENTIASA BERIMAN KEPADA ALLAH.

Pilihan ditangan anda..
Lets do it..


insyaAllah i will do it

{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

start today im beginner Shaklee Independent Distibutor

hubungi saya jika ada pertanyaan :
fara chew (0175215704) sms/whatsapp/call
fara.chew@gmail.com

{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

Hukum Bergambar Bersama Tunang

Menurut hukum fekah anda tidak boleh/dilarang  bergambar berdua walaupun baru sahaja bertunang.Larangan ini telahpun ditentukan oleh syarak.Justeru kita kena akur dengan ketetapan hukum Islam .
Ia diharuskan jika  ketika bergambar itu disertai oleh ayah ibu serta  adik beradik sama ada sebelah tunang lelaki atau tunang perempuan.Wallahu a'lam.

rujukan : here


{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

alhamdulillah

selamat petang.. on9 sambil tgk crt Teduhan Kasih...
ade sape2 tgk x.. huhu
lamanya xtulis kat blog... rdu..
laptop pon dh ok..senang dk on9 kat mana2... skrin lappy rosak..

ok2 straight to the point..

aku bersyukur sgt2..
doaku diperkenan kan oleh Allah swt 
impian aku utk bekerja di Giatmara akhirnya dipermudahkan..
sekrang aku bekerja sebagai tenaga pengajar di Giatmara Kuala Terengganu bermula 1hb 4 2013..
alhamdulillah.. sekg sudh nk msuk 2bln aku bekerja.

thanks ma+abah sbb support anakmu ini..


{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

limau bali gergasi

masa kat kampung cuti raya cina lepas ... dok syok tgk tv dah la br bgn tgh2 mamai.... datang ler satu lembaga kuning nun di angkat oleh atok yg kami panggil ayah.. kalu kat klate... terbeliaqqq biji mata ape yg ayoh bwk ni... dengar nenek kami pggil mek.. mek royak buah bali... buah bali??? kejut blake seumah... huhu sero xcayo... ado ko buoh bali besor gni.... pakat dok kerumun blako.. pakat amek hp blako... demo cayo x... kalu xcayo meh tgk gamba ni... huhu





{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

hepy chinese new year 2013

masih belum terlambat untuk mengucapkan gong xi gong xi fa chai to my family.... best la korang mkn besar... to my atok, unty, uncle, cousin2 n sedera2 yang lain.... hepy new year.. ni diorang wat mkn2 kat umah unty no 2 kat berapit, bukit mertajam pulau pinang...

tok... miss u.. lama xjmp tok..

my uncle...

lauk apekah ini???

ni yg xtahan ni...

wahh steambot... bestnyer

Add caption

my unty n sape ntah.. huhu


{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

Keberkatan solat Duha

Ibadat pada waktu pagi naikkan semangat bekerja, tanda bersyukur

Solat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan pada waktu pagi iaitu 27 minit selepas terbit matahari dan tamat waktunya sebelum tergelincir matahari. Bilangan rakaatnya paling kurang dua rakaat dan maksimumnya 12 rakaat. 

Pada rakaat pertama boleh dibaca surah ad-Dhuha, manakala rakaat kedua boleh dibaca surah al-Ikhlas. Masa yang diambil untuk menunaikannya cuma tiga minit, sangat pendek masanya berbanding keberkatan yang Allah berikan kepada kita untuk sepanjang hari kehidupan. 


Ternyata solat sunat Dhuha dilakukan pada awal pagi sebelum memulakan kerja dan bagi kebanyakan orang ia solat sunat sebelum bergerak untuk mencari rezeki. Jadi, banyak keberkatannya sebelum kita memulakan kerja, dimulakan dengan solat ini. 


Biasanya kita akan memulakan hari dengan semangat tinggi dan membara untuk mencapai matlamat dalam pekerjaan atau pelajaran. 

Jika pada saat itu kita mengingati Allah SWT, kemudian tunaikan solat Dhuha dengan hati yang tunduk dan khusyuk kepada Allah SWT, Insya-Allah akan dilimpahkan pelbagai kurnia serta kasih sayang oleh Allah. 

Memandangkan waktu Dhuha bersamaan dengan bermulanya pelbagai aktiviti harian, amat tepat jika solat sunat Dhuha dilihat satu cara melahirkan rasa bersyukur kepada Allah SWT. 

Ketika kebanyakan orang terlalu sibuk pada waktu pagi, secara tidak langsung solat sunat Dhuha akan mampu membangkitkan kesedaran perlunya memohon kepada Allah SWT dan meminta petunjuk-Nya supaya apa saja yang dilakukan berada pada jalan yang diredai. 
Jika seseorang pernah melakukan ibadat solat sunat Dhuha tentu akan merasai kesannya yang luar biasa. Meskipun baru sekali atau bahkan hanya sekali melakukannya dalam seumur hidup, tetap mendapat ganjaran. 

Sekecil mana amalan yang kita lakukan, Allah SWT akan membalasnya. Begitu juga dengan solat Dhuha, walaupun kita pernah melakukannya sekali seumur hidup tetap mendapat hikmah yang besar daripada Allah SWT. 

Banyak sekali keajaiban dan hikmah yang akan dirasai seseorang ketika melakukan solat sunat Dhuha, apatah lagi jika dilakukan secara berterusan dan penuh kesabaran tinggi serta hanya mengharap keredaan Allah SWT. 

Antara manfaat dan keajaiban solat sunat Dhuha ialah dijauhkan daripada kemiskinan. Semua ini bukan khayalan, kerana sudah ramai orang melakukannya dan mampu merasakan hikmah yang besar dalam kehidupannya. 

Rasulullah SAW bersabda, Allah SWT berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali kamu malas melakukan empat rakaat solat Dhuha, kerana dengan solat itu, Aku cukupkan keperluanmu pada waktu petangnya.” (Riwayat Hakim dan Tabrani) 

Solat sunat Dhuha juga dapat menghapuskan dosa. Rasulullah SAW bersabda: 
“Sesiapa yang masih berdiam diri di masjid atau tempat solatnya setelah solat Subuh kerana melakukan iktikaf, berzikir, dan melakukan dua rakaat solat Dhuha disertai tidak berkata sesuatu kecuali kebaikan, maka dosanya akan diampuni meskipun banyaknya melebihi buih di lautan.” (Riwayat Abu Daud) 

Antara lain solat Dhuha juga dapat menghindarkan diri daripada azab api neraka di hari Kiamat. Bagi orang yang menjadikan solat sunat Dhuha sebagai rutin hariannya, maka Allah akan membalasnya dengan balasan syurga. 

Rasulullah SAW bersabda: “Di dalam syurga terdapat pintu yang bernama bab Ad Dhuha (Pintu Dhuha), dan pada Hari Kiamat nanti, ada orang yang memanggil di mana orang yang sentiasa menunaikan solat Dhuha? Ini pintu kamu, masuklah dengan kasih sayang Allah.” 

Justeru amat rugi orang yang dengan sengaja meninggalkan solat sunat Dhuha, padahal mereka sebenarnya mampu dan ada masa untuk melaksanakannya kerana mereka yang menunaikan solat sunat Dhuha akan mendapat balasan dan keuntungan amat besar. Berusaha semoga kita tetap melakukan ibadat sunat ini.


sumber : berita harian
{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

PANDUAN SOLAT SUNAT CARA NABI S.A.W.


SOLAT DHUHA

Dhuha menurut ahli fekah adalah waktu di antara ketika matahari mulai naik sehingga ketika matahari mulai condong. Oleh itu solat Dhuha adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu tersebut.


v  HUKUM SOLAT DHUHA

Pandangan para ulamak tentang hukum mengerjakan solat Dhuha adalah seperti berikut:

1.      Sunat secara mutlak dan dikerjakan setiap hari
2.      Sunat namun tidak didirikan setiap hari secara berterusan.
3.      Tidak disunatkan.

     Ianya disunatkan kerana faktor tertentu seperti bagi mereka yang tertinggal mengerjakan solat Qiyam al-Lail maka digantikan solat tersebut dengan mengerjakan solat pada waktu dhuha.

Pendapat yang paling tepat serta dipegang oleh jumhur ulamak adalah solat Dhuha termasuk amal sunatmu’akkadah dan dianjurkan untuk diamalkan secara rutin. Ini adalah kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallamselalu mengerjakannya, menganjurkan para sahabat untuk mengerjakannya malah baginda pernah mewasiatkan perlaksanaannya kepada beberapa sahabat. Daripada Abu Hurairah radhiallahu’ anh, dia berkata:

أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ

صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَام.َ

Maksudnya:
Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Shaum, no: 1981.

Walaupun wasiat ini ditujukan kepada seorang sahabat tetapi anjuran tersebut merangkumi untuk seluruh umat Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam kecuali sekiranya terdapat lafaz yang menunjukkan ianya sememangnya khusus untuk sahabat tersebut. Ternyata lafaz tersebut berbentuk umum apatah lagi baginda juga pernah mewasiatkan perkara yang sama kepada Abu Darda’radhiallahu’ anh, dia berkata:

أَوْصَانِي حَبِيبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ لَنْ أَدَعَهُنَّ مَا عِشْتُ

بِصِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَصَلاَةِ الضُّحَى وَبِأَنْ لاَ أَنَامَ حَتَّى أُوتِرَ.

Maksudnya:
Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan solat Dhuha dan tidak tidur sebelum  mengerjakan solat Witir. – Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, KitabSholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 722.


v  KEUTAMAAN MENGERJAKAN SOLAT DHUHA

q  Ianya Amalan Berbentuk Sedekah
Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada AllahSubhanahu wa Ta’ala. Justeru itu solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggung jawab tersebut. Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ

وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ

وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى.

Maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.

q  Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari
Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:

يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ.

Maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.

q  Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah
Bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu tetap berada dalam masjid dengan berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal terbitnya matahari maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah. Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah,no: 535.

q  Ia Solat Bagi Orang Yang Bertaubat
Solat Dhuha adalah termasuk bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat (Sholat Awwabin). Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.


v  TATACARA PERLAKSANAAN SOLAT DHUHA

q  Waktu Mengerjakan Solat Dhuha
Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit). Menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’:

Jika demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu larangan solat pada awal siang hari (pagi hari) sampai adanya larangan saat tengah hari.

Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik. Demikian adalah dalil-dalil tentang waktu mengerjakan solat Dhuha:

Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat…– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 748.

q  Jumlah Rakaat Solat Dhuha
Jumlah rakaat solat Dhuha paling minimal adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat yang tertentu. Sebelum ini penulis telah memaparkan hadis-hadis berkaitan solat Dhuha yang dilaksanakan dengan dua dan empat rakaat. Berikut adalah dalil yang menunjukkan ianya juga boleh dikerjakan dengan sebanyak enam, lapan dan dua belas rakaat.

Daripada Anas bin Malik radhiallahu’ anh bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengerjakan solat Dhuha sebanyak enam rakaat – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam kitab al-SyamaailBab Sholat al-Dhuha, no: 273.

أُمِّ هَانِئٍ فَإِنَّهَا قَالَتْ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ بَيْتَهَا يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ

فَاغْتَسَلَ وَصَلَّى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ.

Maksudnya:
Daripada Ummu Hani’, dia berkata: Pada masa pembebasan kota Makkah, dia bertemu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika baginda berada di atas tempat tertinggi di Makkah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam beranjak menuju tempat mandinya lalu Fathimah memasang tabir untuk baginda. Selanjutnya Fathimah mengambilkan kain dan menyelimutkannnya kepada baginda. Setelah itu baginda mengerjakan solat Dhuha sebanyak lapan rakaat – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1176.

Di dalam Fathul Baari al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah telah membawa sebuah riwayat seperti dibawah:

وَعِنْد اَلطَّبَرَانِيّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي اَلدَّرْدَاءِ مَرْفُوعًا مَنْ صَلَّى اَلضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُكْتَبْ مِنْ اَلْغَافِلِينَ ,

وَمَنْ صَلَّى أَرْبَعًا كُتِبَ مِنْ اَلتَّائِبِينَ , وَمَنْ صَلَّى سِتًّا كُفِيَ ذَلِكَ اَلْيَوْمَ ,

وَمَنْ صَلَّى ثَمَانِيًا كُتِبَ مِنْ اَلْعَابِدِينَ , وَمَنْ صَلَّى ثِنْتَيْ عَشْرَة بَنَى اَللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي اَلْجَنَّةِ

Maksudnya:
Dalam riwayat al-Thabarani daripada hadis Abu Darda’ secara marfu’ disebutkan: Barangsiapa solat Dhuha dua rakaat, maka tidak ditulis sebagai orang-orang lalai, barangsiapa solat Dhuha empat rakaat maka ditulis sebagai orang-orang yang bertaubat, barangsiapa solat Dhuha enam rakaat, maka dicukupkan untuknya pada hari itu, barangsiapa solat Dhuha lapan rakaat, maka ditulis dalam golongan ahli Ibadah, dan barangsiapa solat Dhuha dua belas rakaat maka dibangunkan untuknya rumah di syurga. – rujuk Fathul Baari, jilid 6, ms. 349 ketika al-Hafidz mensyarah hadis Shahih al-Bukhari no: 1176. Namun status hadis ini diperselisihkan olah para ulamak hadis. Musa bin Ya’qub al-Zami’i yang terdapat dalam sanad hadis ini telah didha’ifkan oleh Ibnu al-Madini namun dinilaitsiqah pula oleh Ibnu Ma’in dan Ibnu Hibban. Al-Hafidz sendiri berkata sanad hadis ini lemah namun diperkuatkan oleh hadis Abu Dzar yang diriwayatkan oleh al-Bazzar hanya sahaja sanadnya juga lemah dan apa yang lebih tepat hadis inidha’ifWallahu’alam.

Berkaitan dengan dalil yang menunjukkan jumlah rakaat solat Dhuha ini tidak ada batasan yang tertentu adalah:

مُعَاذَةُ أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا:

كَمْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي صَلاَةَ الضُّحَى؟

قَالَتْ: أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ وَيَزِيدُ مَا شَاءَ.

Maksudnya:
Daripada Mu’adzah, dia berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan solat Dhuha?
Dia menjawab: Sebanyak empat rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang dia kehendaki. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 719.

q  Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Dhuha

 

Rakaat Pertama

1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Duduk untuk tahiyyat akhir
3)      Memberi salam ke kanan dan ke kiri

{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

 
۩۩ This Blog is Protected. Copyright 2011 © Design By Miss Fara Chew ۩۩
۩۩ Ini Blog Miss Fara Chew. Jangan Copy, Jika Suka Sila Credit ke Miss Fara Chew۩۩