"Oh My Ganu" gantikan "Oh My English"

tengok tajuk betul ke ni nak tukar dari English ke Ganu..
bahasa ganu boh...xsabor nk tengok boh.. haha
mesti lawak giler kentanggg punyer.. 
nak tahu sape pelakong nyer..
mestilah zizang raja lawak...

nak tahu bile boleh tengok ??

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton telefilem khas kesinambungan daripada siri Oh My English! yang berjudul Oh My Ganu! yang akan disiarkan pada 27 November 2013, jam 9 malam secara eksklusif di Astro TVIQ (Saluran 610) dan siaran serentak di Astro Maya HD (Saluran 135). Telefilem ini juga boleh ditonton oleh pelanggan NJOI, menerusi Astro Prima (Saluran 105) pada jam 9.30 malam pada hari yang sama.

Telefilem Oh My Ganu menyambung kisah episod kemuncak iaitu episod 20 Oh My English musim kedua, yang berakhir dengan babak tergantung yang mana Mr. Henry Middleton (Zain Saidin) harus memilih sama ada berjumpa Sara Jane (Gabriella Robinson) yang akan berangkat ke United Kingdom, ataupun Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah) yang mengambil keputusan untuk pulang ke Terengganu. Pada hujung rancangan, penonton diberi peluang untuk membantu Mr. Middleton memilih antara Sara Jane di UK atau Cikgu Ayu di Terengganu melalui undian dalam talian atau menerusi media sosial. Sebanyak 50,000 undian penonton telah diterima dan hasilnya 89% daripada undian menyebelahi Cikgu Ayu. Keputusan inilah yang telah membentuk jalan cerita telefilem ‘Oh My Ganu’.

{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

0 comments:

 
۩۩ This Blog is Protected. Copyright 2011 © Design By Miss Fara Chew ۩۩
۩۩ Ini Blog Miss Fara Chew. Jangan Copy, Jika Suka Sila Credit ke Miss Fara Chew۩۩