"Saya nak duit raya Cik Misya!!!"

hai.... sy nak duit raya... 
nak penuhkan tabung.. hehe
kenangan yg xdapat lupa sepanjang 25 tahun beraya.. ecececece =)
ms ni raya kat umah tok @taiping.. 
time ni ms sekolah rendah g la beraya ngan sepupu sepapan, adik beradik...
ade satu umah ni bajet umah besaq dpt lah duit byk.... alahai
dah la skit duit syiling 5kupang je bg... punye lah lama dok dalam bilik nk amek duit raya..
huhu
xpela terimalah seadanya... pasrah walaupun xpuas hati dpt 5kupang... =)

pas tu g beraya kat umah seterusnya sampai la hbs satu lorong tu patah balik kena lalu umah besaq 
tu lagi... ms lalu nmpak parent, unty ade umah tu.. ape lagi pergilah lagi sekali...
pas mkn smua ayah perkenalkanlah ni anak dye..
dapat duit raya dr anak tuan umah yg bg 5 kupang tu...
dalam sampul tu dpt rm2..
ms tu kire ok dah kalu rm2
wah shuke!! shuke!! terus sengih sampai ke pipi.. =) mcm ni.. haha
nak duit raya kena wat muka xtahu malu... hahaha wpon dh dtg 2x umah tu
sekian.... ceritera raya sy... =)

soalan saya untuk cik misya :
baju n kasut raya berapa pasang tahun ni???? =)

nak Join?? klik banner kat atas

tarikh tutup : 31 ogos 2012 jam 12 tgh malam... cepat2 de ms sehari lagi


{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

~~ selamat hari raya aidilfitri ~~

hai.. lamanya x menulis... nk wish hari raya pon xdan..... anyway.. selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin to my family, relative, sedara2, fren time school, college, blog.. ampun dan maaf dipinta....
tahun ni sekadar beraya di terengganu dan balik hometown @kelantan hanya sehari je... nak balik kg @perak xsempat nak balik coz mak xberapa nak chat..

di sini fara nak tatapkan beberapa keping gambar semasa hari raya tempoh hari... =)

with abg ipar n family *gambar gegaq
with ma abah+adik beradik+anak sdara.. sorg lagi tdo dlm buai.. huhu


kakak sulung

ni la baby yg tdo dlm buai tu... balqis.. rdu kamoo

ni adik bradik yg lom kawin lagi

kakak kedua







{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

Malam Lailatul Qadar

Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”


Huraian

1. Malam Lailatul qadar adalah satu malam yang paling istimewa yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Ia merupakan satu malam yang penuh rahmat dan nikmat yang paling besar daripada Allah S.W.T.


2. Umat Islam hendaklah mengambil peluang ini dengan berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat di malam yang kesepuluh akhir bulan Ramadhan iaitu dengan mengerjakan sembahyang terawih, membaca Quran, berzikir dan sebagainya kerana sesungguhnya Allah S.W.T. akan memberi keampunan bagi mereka yang menghidupkan malam tersebut


3. Lailatul Qadar adalah tanda kasihnya Allah kepada hambanya yang beriman dan beramal soleh yang beribadah semata-mata mengharapkan keredaan dan keampunan dari-Nya.


4. Berlakunya malam Lailatul Qadar itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, bila masa dan kepada siapa yang dapat dari kalangan hamba-hambanya yang dikehendakinya.

{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

2 hari Lahir, Bayi Perempuan Rini Kritikal



Menurut petikan dari murai.com.my...

erasaan gembira menimang puteri sulung berubah menjadi sedih buat bintang Akademi Fantasia 7 (AF7), Rini apabila bayi perempuannya yang diberi nama Maryam Joanna dilaporkan jatuh katil pada 11 Ogos lalu.
Berita ini disahkan Rini yang tatkala ini baru saja pulih dari trauma selepas berdepan dengan insiden yang tragik itu.
"Saya selamat melahirkan anak saya, Maryam Joanna di Hospital Putrajaya pada jam 9.34 pagi Khamis lalu. Saya terpaksa melahirkannya secara pembedahan kerana anak saya seberat 4.25 kg. Waktu itu, suami saya ada bersama saya tetapi dia tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik pembedahan.
"Saya betul-betul sedih kerana anak saya kini berada dalam keadaan kritikal di hospital Kajang. Baby saya tidak sedarkan diri dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.
"Ini semua kuasa Allah dan saya hanya mampu berdoa agar anak saya cepat sembuh dan selamat. Apatah lagi, hanya tinggal beberapa hari saja nak menyambut Syawal. Saya harap, semua doakan yang terbaik untuk anak saya. Saya juga akan lakukan yang terbaik untuk anak saya itu," katanya dalam sedih ketika dihubungi murai.com.my.
Menjelaskan lanjut kejadian yang menimpa anaknya itu, penyanyi lagu Apa Sebenarnya memberitahu anaknya itu lemas selepas terjatuh dari katil di rumahnya.
"Pada malam saya pulang ke rumah dari hospital (10 Ogos), saya menyusukan dia kemudian meletakkan dia di atas katil. Apabila bangun pagi, baru saya sedar anak saya sudah terjatuh di tilam yang berada di sebelah bawah.
"Waktu itu, saya dapati anak saya sudah lemas dan tidak sedarkan diri. Alhamdulillah, sekarang saya sudah okay walaupun sebelum ini saya seakan tidak boleh menerima hakikat apa yang berlaku.
"Saya memang sedih sebab dia adalah cahayamata pertama saya. Saya mengandungkan dia selama 10 bulan. Saya menjalani pembedahan apabila sudah cukup tarikh untuk dia dilahirkan," jelasnya.
Warga murai.com.my mendoakan anak Rini cepat kembali seperti sediakala dan berharap Rini sekeluarga bersabar menerima dugaan di bulan ramadan ini.

p/s : ya Allah.. semoga baby rini sihat...




{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

Ibu Hans Issac, Bapa Fauziah Gous Meninggal Dunia


Portal murai.com.my baru sahaja dikejutkan dengan berita pemergian ibu kepada pelakon dan pengarah Hans Isaac, Carmina Anciano Isaac, 74, yang telah meninggal dunia kira-kira jam 8.35 pagi tadi, di rumahnya yang terletak di Taman Tun Abdul Razak, Ampang.

Perkara ini dikongsi sendiri oleh Pengurus Hans Issac, Sue Hussin, Menerusi kiriman pesanan ringkas (SMS) sebentar tadi. Menurut Sue yang mewakili Hans Issac, jenazah mendiang akan dibawa ke gereja St. John, Bukit Nenas pada hari Rabu, jam 10.30 pagi bagi penghormatan terakhir.
Kemudian upacara pembakaran jenazah akan dibuat di krematirium dan upacara menabur abu akan dilaksanakan pada hari Khamis ini.

Ibu Hans sudah 2 tahun menderita akibat penyakit barah di tahap empat. Hans merupakan anak tunggal dan sangat rapat dengan ibunya.

Dalam pada itu, ingin mengucapkan takziah kepada pelakon Fauziah Gous diatas pemergian bapanya Mohd Gous Ghulam, 76, yang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital pada Sabtu lalu. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Sajadi Ibrahim dan 5 anak.

Difahamkan bapa Fauziah Gous sebelum ini telah menghidap pelbagai penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi.


sumber
{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

Scha Akui Hidup Lebih Teratur Selepas Jadi Isteri


Alam perkahwinan yang dilalui aktres Scha Al Yahya sejak Mei lalu membuatkan dia lebih tenang dan mempunyai rutin hidup yang teratur.
Scha atau nama sebenar Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 29, berkata, perubahan yang dialami selepas tiga bulan bergelar isteri kepada pengacara Awal Ashaari menjadikan dia insan yang lebih baik dan bertanggungjawab.
“Selepas tiga bulan menjadi isteri Awal, saya dapat rasai satu perubahan besar dalam diri berbanding zaman bujang dulu. Saya semakin tenang dan bahagia dengan kehidupan hari ini.
“Sebelum ini, saya hanya jalani hidup tanpa rutin dan tanggungjawab tertentu tetapi alam perkahwinan ini banyak mengajar saya mengenai perancangan dan disiplin,”
Pasangan itu bernikah pada 4 Mei lalu di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya dekat sini.
Aktres yang mencipta nama menerusi siri Awan Dania ini berkata, status isteri orang yang digalasnya turut membuatkan dia berasa lebih selamat dan tenteram.
Scha dan suaminya, Awal ketika menghadiri sebuah majlis berbuka puasa, baru-baru ini.
“Mungkin inilah kuasa sesebuah perkahwinan. Selain ketenangan, saya akui berasa lebih selamat kerana menggalas status isteri orang.
“Saya dan Awal berkongsi dalam segenap perkara dan tiada apa yang perlu disorokkan, sekali gus menjadikan ikatan kami lebih kuat. Malah, ia menjadikan kami lebih mengenali satu sama lain,” jelasnya yang belum memikirkan soal zuriat.

Ditanya mengenai pengalaman pertama menyambut Ramadan sebagai isteri, Scha berkata, dia hanya terlibat dalam komitmen lakonan pada minggu pertama puasa saja.
“Saya hanya berlakon pada minggu pertama Ramadan. Untuk baki bulan puasa ini, saya tumpukan perhatian pada perniagaan kios Schapoholic yang menjual pakaian dan aksesori wanita di samping suami.
“Selebihnya, saya hanya memenuhi undangan berbuka puasa. Apa-apa pun, keutamaan semestinya pada hal ehwal suami dan rumah tangga,” kongsinya yang baru menamatkan penggambaran filem Dampak.
sumber : mymedia

{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

(10) Gambar Suka2 - 2












{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

Segmen Teka Nama Saya by Dear KHY


susah jugak ye nak teka2 nama
kalu xde klu.. huhu

kat cni saya nak teka 
emmm

HA for HAFIZATUL

huhu...

sy nak tag rabiatul

hadiah ??
ok jgk hadiah dye.. =)

1.Topup RM20 kepada pemenang 
2.Saguhati akan dimasukkan ke dalam bloglist saya selama 2minggu

wat masa ni tarikh tutup belum dimaklumkan lagi.. =)

{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

Di Sebalik Nama Pandelela Rinong Pamg


Ibu kepada ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg menjelaskan, perkataan 'Pande' dan 'Rinong' pada nama anaknya itu mempunyai maksud tersendiri.
Nama unik Pandelela itu dipercayai membawa tuah kepada atlet berusia 19 tahun itu.
Hartini Lamim, 44, berkata, perkataan 'pandey' dalam bahasa Sarawak bermaksud pandai manakala perkataan Rinong dalam bahasa Bidayuh bermaksud tenang.
"Apabila difikirkan kembali, memang nama Pandelela Rinong ini begitu unik dan membawa tuah yang tersendiri kepadanya.
"Sebagaimana namanya 'Rinong' yang membawa maksud tenang, dia akhirnya berjaya mengharungi acara terjun kelmarin dengan tenang dan bijak sehingga akhirnya berjaya meraih pingat," katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad semalam.

kredit : kosmo

{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

'Noah' Nama Baru Peterpan


Tidak sampai dua minggu selepas pembebasan vokalis Peterpan, Ariel, kumpulan itu sudah mula mengorak langkah untuk terus mewarnai bidang seni suara.

Kumpulan yang dianggotai lima pemuda itu sebulat suara memilih 'Noah' sebagai nama baru kumpulan yang sudah bertapak sejak 1997 itu.

Bekas ahli kumpulan Peterpan, Ariel, Uki, Lukman, David dan Reza mengumumkan nama baru kumpulan itu melalui Twitter rasmi mereka sebelum sebuah sidang media khas mengenai perkara itu diadakan.

Dengan kelahiran nama baru ini, Noah kini seakan memperolehi semangat baru untuk menyiapkan album terbaru mereka yang kini dilaporkan sudah siap 80 peratus untuk dipasarkan kepada peminat mereka.

kredit : MH
{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

(10) Gambar Suka2











{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

"Segmen : Blogwalking August by Jaja Sutera"

hai..lamanya x update post...
ni 1st segmen yg fara join sepanjang bulan posa ni..
bukak blog sunyi je...
xde sape yg jenguk kite...
dah kite xjenguk.. org pon xnak jenguk kite kan... =)

bulan Ogos bulan yg hepy wat fara...
nak tahu..kenalah next week.. hehe
dah2 jom join segmen...

nak Join??
klik banner kat atas..

okey... skrg fara nak tag....


tarikh tutup segmen ni...

31 ogos 2012
merdeka!!


{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

 
۩۩ This Blog is Protected. Copyright 2011 © Design By Miss Fara Chew ۩۩
۩۩ Ini Blog Miss Fara Chew. Jangan Copy, Jika Suka Sila Credit ke Miss Fara Chew۩۩