Di Sebalik Nama Pandelela Rinong Pamg


Ibu kepada ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg menjelaskan, perkataan 'Pande' dan 'Rinong' pada nama anaknya itu mempunyai maksud tersendiri.
Nama unik Pandelela itu dipercayai membawa tuah kepada atlet berusia 19 tahun itu.
Hartini Lamim, 44, berkata, perkataan 'pandey' dalam bahasa Sarawak bermaksud pandai manakala perkataan Rinong dalam bahasa Bidayuh bermaksud tenang.
"Apabila difikirkan kembali, memang nama Pandelela Rinong ini begitu unik dan membawa tuah yang tersendiri kepadanya.
"Sebagaimana namanya 'Rinong' yang membawa maksud tenang, dia akhirnya berjaya mengharungi acara terjun kelmarin dengan tenang dan bijak sehingga akhirnya berjaya meraih pingat," katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad semalam.

kredit : kosmo

{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

0 comments:

 
۩۩ This Blog is Protected. Copyright 2011 © Design By Miss Fara Chew ۩۩
۩۩ Ini Blog Miss Fara Chew. Jangan Copy, Jika Suka Sila Credit ke Miss Fara Chew۩۩