Tidak sampai dua minggu selepas pembebasan vokalis Peterpan, Ariel, kumpulan itu sudah mula mengorak langkah untuk terus mewarnai bidang seni suara.
Kumpulan yang dianggotai lima pemuda itu sebulat suara memilih 'Noah' sebagai nama baru kumpulan yang sudah bertapak sejak 1997 itu.
Bekas ahli kumpulan Peterpan, Ariel, Uki, Lukman, David dan Reza mengumumkan nama baru kumpulan itu melalui Twitter rasmi mereka sebelum sebuah sidang media khas mengenai perkara itu diadakan.
Dengan kelahiran nama baru ini, Noah kini seakan memperolehi semangat baru untuk menyiapkan album terbaru mereka yang kini dilaporkan sudah siap 80 peratus untuk dipasarkan kepada peminat mereka.
kredit : MH
0 comments:
Post a Comment