adakah korang semua kenal pemain bola selangor ini??
korang tahu kisah beliau menghidap barah hidung..
kesian tgk dye...
dalam gambar atas hensem je tgk kan... *sempat lagi ^_^
kisah beliau penah dipaparkan dalam akhbar harian di Malaysia..
seperti sinar harian
sedih tgk beliau jadi mcm ni...
dalam akhbar hari ada menyatakan beliau bukan menghidap kanser hidung tetapi
di sihir...
petikan daripada akhbar harian metro
BATANG KALI – Rawatan menggunakan daun sirih, pati ibu kunyit, air garam Laut Merah dan roti memberi kesan serta perubahan terhadap luka pada wajah bekas pemain bola sepak Selangor, Mohd Ezmi Mad Jan, 35, yang menghidap kanser hidung.
Pengamal perubatan Islam, Mohd Habib Ahmad yang merawat bekas pemain bola sepak Selangor itu berkata, sel tisu hidung Mohd Ezmi sudah mulai tumbuh kemerahan dan menyifatkan perubahan ketara itu satu petanda baik untuk pulih.
“Saya menggunakan wap rebusan daun sirih untuk membunuh kuman dan virus, manakala nanah dicuci dengan roti kemudian setelah bersih luka disapu dengan air garam serta pati ibu kunyit.
“Alhamdulillah, setelah lebih tiga minggu merawat Mohd Ezmi kesan lukanya sudah mula surut dan daging baru juga tumbuh kemerahan,” katanya ketika ditemui semalam.
Mohd Habib yang juga peneroka Felda Gedangsa berkata, tindak balas positif itu sebenarnya memberi petanda berbeza dengan tanggapan Mohd Ezmi menghidap barah.
“Kemungkinan besar Mohd Ezmi terkena sihir.
“Ulat yang memakan daging pada hidung Mohd Ezmi pernah dibuang di dalam tandas tetapi hanya selang sehari ulat kembali semula dengan jumlah yang sama,” katanya.
Namun, katanya, setelah dibacakan ayat al-Quran dan menghembusnya pada ubun-ubun Mohd Ezmi, ulat itu mudah dibersihkan dan setelah dimasukkan ke dalam botol lalu dibuang ke sungai ia tidak lagi kembali.
“Selepas itulah sel tisu muka dan hidung Mohd Ezmi kelihatan bersih dan kemerahan.
“Jadi, ini berkemungkinan satu perbuatan khianat,” katanya.
Bagaimanapun, Mohd Habib berkata, dia tidak dapat membantu memulihkan sel tulang hidung Mohd Ezmi kerana sudah rosak dipercayai kesan kimoterapi.
“Kita akan teruskan rawatan terhadap Mohd Ezmi bagi memastikan dia pulih sepenuhnya dan terhalang daripada gangguan berulang,” katanya.
DOAKAN SEMOGA BELIAU CEPAT SEMBUH
4 comments:
Tgk pasal ezmi nie dekat MHI hari tu..rasa sakit dan menderita sgt tgk dia..Waktu mula-mula tgk, ada juga terdetik mungkin kena buatan org..tapi Waallahhualam. Manusia rambut sama hitam tapi hati lain2..Semoga beliau cepat sembuh daripada penyakit ini.
pernah baca berita pasal di..Moga dia kembali sihat..aminn
Kalau betol lah penyakit die dah jumpe ubat yang mujarab..Alhamdulillah..
kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)
Post a Comment