Tanda-Tanda Awal Kehamilan


Kehamilan adalah antara perkara yang paling dinanti-nanti oleh pasangan yang sudah berumahtangga... Dengan kehadiran cahaya mata maka akan mengeratkan lagi perhubungan suami isteri selain meramaikan umat Nabi Muhammad... :) Bagi pasangan yang baru berkahwin, tempoh kehamilan mungkin akan mengambil masa seawal selepas sebulan atau mungkin makan masa beberapa bulan..  dan mungkin beberapa tahun! Ikut lah pada rezeki... Kalau kata ada tu adalah... Tapi jangan fikir bila Allah tak kurniakan kita rezeki anak awal maka Allah tidak memberi kita rezeki. Bukan. Mungkin Allah nak bagi yang lebih baik dari itu. Think positive... InsyaAllah yang belum ada tu.. suatu hari nanti akan ada... :) Usaha, Doa, Tawakkal..... ok?

Ok, harini fara nak share plak tanda-tanda awal kehamilan dengan korang. Yang dah berkahwin je boleh baca hoke. Yang belum kawen, tunggu dah kawen baru datang sini oke... pergi refer post pasal persiapan perkahwinan dulu heheheh...

Nak tanya ni, all mom to be out there macam mana tahu diri korang tu peknen ek? Selain tak datang bulan... ada symtom2 lain tak? Nanti share kat komen oke..? :)

Mungkin kebanyakan wanita menyedari apabila dirinya hamil dan mungkin juga ramai wanita yang masih lagi keliru mengenai status dirinya. Adakah dia telah mengandung atau tidak? 

Di bawah adalah tanda-tanda awal kehamilan, cekidaut!:

1. Loya & Muntah

Tanda-tanda ini kebiasaannya terjadi pada semua wanita hamil. Ini berlaku kerana adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda disahkan hamil.

2. Kerap buang air kecil

Tidur anda terganggu akibat kekerapan membuang air kecil, mungkin itu adalah tanda anda sudah hamil. Keadaan ini berlaku kerana tubuh anda menghasilkan cairan tambahan untuk janin anda. Walaupun kekerapan buang air kecil berlaku anda dilarang menahannya kerana boleh menjejaskan kesihatan diri anda.

3. Keluar Darah diikuti Kram Perut

Darah ini adalah bersifat sementara dan terlalu sedikit. Ia muncul sebelum menstruasi yang akan datang, biasanya terjadi antara 8-10 hari setelah terjadinya ovulasi. Kehadiran darah ini disebabkan oleh implantasi (implantation bleeding) atau menempelnya embrio pada dinding rahim. Munculnya darah pada saat kehamilan kadang disalah ertikan sebagai menstruasi.

Selain itu, keluarnya darah biasanya diikuti oleh kram perut. Kram perut pada keadaan terjadinya kehamilan akan terjadi secara teratur. Situasi ini akan berlaku kerana rahim akan membesar dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi anda.

4. Mengidam

Sudah tidak asing lagi jika wanita hamil dikaitkan dengan mengidam pelbagai makanan yang pelik-pelik dan susah untuk mendapatkannya. Kebiasaannya wanita mengidam buah-buahan yang masam dan asam-asam atau mungkin lebih daripada itu!

5. Moody

Sering marah-marah pada suami dan mengalami perubahan tingkah laku. Hal ini disebabkan dari kemunculan hormon-hormon baru di dalam tubuh anda. Perubahan yang drastik daripada tidak pernah marah kepada pemarah akan berlaku saat kehamilan.

7. Pengsan

Gejala ini berlaku kerana kekurangan gula dalam badan. Anda dinasihatkan menjaga pemakanan bagi mengelakkan berlakunya simpton ini. Makan yang cukup dapat mengelakkan berlakunya pengsan.

9. Cepat rasa mengah

Rasa lelah atau mengah yang berlebih akan membuat anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua.

10. Tidak bermaya/letih

Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.


11. Perubahan pada payudara

Jika terjadi kehamilan, maka payudara akan membesar, hal ini disebabkan oleh meningkatnya produksi hormon esterogen dan progesteron. Selain itu keadaan payudara juga akan terasa makin lembut, hal ini menimbulkan rasa sensitif yang lebih tinggi, hingga payudara akan terasa sakit atau nyeri saat dipegang. Puting susu membesar pula dan warnanya akan semakin gelap, kadang juga terasa gatal. Pembuluh vena pada payudara juga akan terlihat akibat penegangan payudara.

Selain itu terjadi aktiviti hormon HPL (Human Placental Lactogen). Hormon tersebut diproduksi oleh tubuh saat ibu mengalami kehamilan untuk mempersiapkan ASI bagi bayi anda ketika terlahir ke dunia.

12. Tidak datang haid (period)

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.

Lepas keluar darah sekali tu memang tak keluar darah langsung sehinggalah hari sepatutnya My menstruasi. Dalam 2/3 hari lewat jugak lah...

Dan akhirnya.....

13. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian urin, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan... 

TAHNIAH...!!! ^____^

{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

alhamdulillah.. kami dah kahwin yeayyyy



{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

Kira Waktu Subur

GOOD INFO... almaklum baru lepas kawin kan kan kan hee.. xsabar nak baby.. insyaAllah kami akan usaha





[TIPS & INFO SIHAT] CARA KIRA WAKTU SUBUR WANITA

----------------------------------------------
Hari ini saya ingin berkongsi maklumat dengan anda mengenai kitaran haid dan waktu subur bagi wanita.
Saya kira maklumat ini sangat penting dan amat wajar untuk kita ambil tahu serta fahami dengan betul.
Terutamanya kepada sesiapa yang sudah berkahwin dan inginkan anak.

KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
***************************************************
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.

Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA
*******************************************
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid.
Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

BILAKAH WAKTU SUBUR?
************************

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
****************************************

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
***********************************************************

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
******************************************************


Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.

Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.

Sumber: PakarHowTo

{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

SET SLIM ASAS: Lecithin, Alfalfa, Herb lax


SET SLIM ASAS 
Terdiri daripada:-


1) Lecithin
2) Alfalfa
3) Herb Lax

Fungsi setiap satu produk adalah:-

1) Lecithin -Sebagai pemecah lemak dalam badan kerana ia berupaya
  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecah serta mencairkan lemak termasuklah kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak pada salur darah 
2) Alfalfa -  Sebagai sumber fiber untuk mengangkut lemak keluar dari badan
  • Boleh membantu kerana ia adalah fiber
  • Mengandungi lebih 40 zat nutrien
  • Meransangkan penyerapan nutrien dalam badan
  • Awas! Krisis pemulihan adalah tinggi jika makan banyak - perlu minum air yang banyak

3) Herb-lax - untuk mencuci dan meningkatkan fungsi usus
  • Bukan julap seperti yang biasa dalam pasaran. 
  • Amalkan sekali seminggu, pada hujung minggu. 
  • Membuat pembersihan usus dengan sangat lancar dengan syarat banyak makan buah dan minum air masak. 

Kenapa perlu herb lax?

 Rata-rata penyakit kita berpunca dari sistem perkumuhan kolon yang tidak sempurna. Di sanalah tempat membiaknya bakteria2 dan memang dikatakan perut adalah rumah sakit. Ia memang membantu membersihkan kolon dan memang rasa selesa perut selepas itu. Maka pembersihan usus seminggu sekali melalui Herb Lax sangat membantu mendapatkan kesihatan yang baik.



Itulah set slimming asas. Untuk dapatkan kesan yang optimum, dinasihatkan untuk meminum air kosong 3 liter sehari dan makan buah-buahan sekurang-kurangnya 2-3 potong...
{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

https://www.dropbox.com/s/1oczxjanahcilbp/Lagu%20Instrument%20Sangat%20Sedih%20%28Sad%20Instrument%29%20GALAU.mp3


{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

Mudah Buat Bisnes???

Rahsia bagaimana nak berjaya dalam bisnes anda...dan salah satu diantaranya adalah melalui zikir.Ya zikir Ya Wahhab,antara khasiat-khasiat yang boleh kita dapat melalui zikir Ya Wahhab adalah seperti berikut:

Maksudnya:
AL-WAHHAB, Yang Sentiasa Memberi. Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya.Dia Maha Pemberi.

Rahsia kehebatannya:

1->Menjadi terkaya dan terkenal
Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak.Peluang akan datang dengan mudah sekali.
2->Permintaan dimakbulkan
Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu,insya Allah permintaanNya akan diperkenankan.Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit,doa anda akan dimakbulkan.
3->Mencari pekerjaan
Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin,hendaklah dia mengamalkan solat sunat,kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab.Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka(dari kawan,jiran atau seumpamanya).
4->Membayar hutang
Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya,kerjakanlah sembahyang sunat hajat atau nafil 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak,kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali.Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut(tiga Khamis).Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.

5->Menjauhi kelaparan
Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur,insya Allah anda tidak akan merasa lapar.

6->Dimakbulkan doa
Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa,kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan,insya Allah.

7->Membebaskan diri
Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi,bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam.Insya Allah anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak.
Untuk permulaan kita boleh praktis amal dalam 100x sehari, esok lusa kita up lagi. Lama-lama inshaaAllah zikir a-wahhab ini akan jadi amalan kita.

Thanks for reading! :)


{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

lagi 2 bulan

lagi 2 bulan huaaaaaghh banyak lagi yg xbuat for my wedding.. cuaknya rase...
dalam kepala banyak nk buat.. itu nak buat.. ini nak buat... tp satu pon xterbuat...

nak check list
nak check list


hee miss him so much

bakal zauj ku... hee

{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

Kaki Sembab @ Bengkak (Water Retention) Semasa Hamil

Antara masalah yang sering dihadapi oleh ibu mengandung adalah sembab atau bengkak pada kaki (mungkin juga pada tangan, muka, dll). Masalah ini boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada si ibu kerana menghadapi kesukaran utk berjalan, solat, dsb.

Semasa hamil, badan menghasilkan kira-kira 50% lebih darah dan cecair badan sebagai persediaan  menampung bayi yang sedang membesar. Bengkak atau sembab yang disebabkan oleh darah dan cecair tambahan ini adalah normal semasa hamil. Kesembapan normal, yang juga dikenali sebagai edema, boleh berlaku pada bahagian tangan, muka, kaki dan pergelangan kaki.



Namun, ibu perlu waspada jika kesembapan berlaku dengan tiba-tiba kerana ia mungkin petanda awal praeklampsia. Rujuk kpd doktor anda segera jika ini berlaku.
Tips Hindari Sembab (water retention @ swollen feet, ankle, face) semasa Hamil
  • Minum air masak sebanyak 2-3 L sehari. Toksin dapat disingkirkan daripada badan dengan baik apabila kita minum air masak secukupnya. Apabila badan tidak mendapat cecair secukupnya, ia akan berada dalam ‘survival mode’ di mana badan ‘menyimpan air’ dan berlakulah sembab kaki, tangan dsb. Cuba cek, adakah kita sekadar minum 2-3 gelas air masak sehari? Cara mudah untuk tahu sama ada badan mendapat air yg cukup ialah melalui warna urin. Ia sepatutnya jernih, bukan keruh.
  • Lakukan senaman ringan. Senaman membantu peredaran darah dan cecair yang lebih baik dalam badan seterusnya menghindari daripada berlakunya sembab kaki, dsb.  Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki atau berbasikal.
  • Jangan berdiri terlalu lama. Apabila berdiri terlalu lama, cecair akan terkumpul pada kaki yang mengakibatkan sembab.  Banyakkan berjalan atau bergerak.
  • Tinggikan sedikit kedudukan kaki sewaktu berehat atau tidur. Alas kaki dengan bantal supaya kaki berada pada aras yang sama atau lebih tinggi daripada jantung.
  • Pakailah kasut yang selesa dan tidak terlalu ketat. Jauhi heels!
  • Amalan pemakanan:
    • Hindari @ kurangkan:
      • Minuman berkafein dan alkohol
      • Makanan yang tinggi sodium.  Antara makanan yang tinggi kandungan sodium selain garam ialah makan yang diproses (processed food), makanan segera (instant or fast food) – fries, burger, dll.
      • Karbohidrat
    •  Lebihkan dalam menu harian:
      • Makanan yang tinggi potassium – contohnya pisang, lobak meah, kurma, buah oren, tembikai, prune, kismis, bayam, kacang peas, badam, susu dan yogurt.
      • Makanan berserat tinggi seperti roti high fiber.
      • Sayur-sayuran mentah seperti ulaman.
      • Protein, menggantikan karbohidrat.
      • Makanan tinggi magnesium dan vitamin B – sayuran berdaun gelap, oatmeal, asparagus dan kacang soya.
  •  Selain itu, pengambilan suplemen kalsium magnesium turut membantu mengatasi masalah sembab air

“Taking certain vitamin supplements also can help relieve your edema. Calcium helps with the fluid exchange in your body, and can help promote the excretion of fluid from your tissues.”

"Magnesium is a vitamin supplement that shows promise at reducing edema. "

Ostematrix Shaklee adalah suplemen kalsium magnesium yang turut dilengkapi dengan vitamin D serta mineral lain yang baik utk kesihatan, apatah lagi untuk ibu mengandung.
 
 

{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

Jom kenali OsteMatrix secara lebih dekat..


Manfaat Utama OsteoMatrix

1) Menguatkan tulang
 - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia(rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

2) Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
- Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis

3) Meringankan stres
- Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf; menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stres. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4) Memperbaiki masalah haid
- Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1,000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil

5) Pengalkalian tubuh
- Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga mengalang obesiti diwatu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi.

6) Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik

7) Vitamin D
- Dinamakan vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah pada matahri sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil supplemen vitamin D

8) Magnesium
- Ini adalah ion positif no 2 penting didalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

9) Zinc, boron, manganes, kuprum
- Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.

Tahukah anda?

Kalsium tinggi = 1 gelas susu tinggi kalsium = 80 biji badam

Dan

1 tablet OSTEOMATRIX adalah kalsium tinggi.



Bagaimana memilih kalsium premium?

1) Pilih produk yang ada vitamin D dan magnesium
2) Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum
3) Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses penyerapan mineral.



{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

Tahukah anda bahawa perlindungan antioksida dapat di tingkatkann dengan pengambilan Carotamax Shaklee. Shakleemengambil perlindungan daripada anti oksida yang terdapat pada buah-buahan,sayur-sayuran dan tanaman lain melalui cara mengasingan,penyaluran dan pembetukan kerotin secara semulajadioto. Carotomax menyalurkan 5 daripada karotenoid penting yang di pilih gabungan tumbuhan fitokimia. Anda tidak akan mendapat perlindungan gabungan ini daripada sumber makanan sahaja.
Perlindungan sel-sel dari dalam badan anda diserang oleh berjuta-juta radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan DNA. Apakah yang boleh membantu..??. Jawapannya adalah Antioksida. Antioksida merupakan nutrisi yang boleh melindungi sel-sel ini daripad
a radikal bebas,meningkatkan kesihatan sel secara menyeluruh dan menyediakan perlindungan untuk menentang kerosakan sel-sel.


5 Sebab CarotoMax Paling Berkhasiat :-
  • Purata pengambilan karotenoid, lutein, lycopena dan beta karotena adalah 8 mg setiap hari. Dengan CarotoMax, kita akan memperolehi 13 mg.
  • Membantu mengekalkan kesihatan badan secara umumnya dalam jangkamasa panjang dan menjaga secara khusus kesihatan mata, jantung, kulit, paru-paru, prostate dan serviks.
  • CarotoMax berfungsi menguatkan sistem imun.
  • Mengandungi ekstrak yang unik daripada tomato, ekstrak biji benih anggur, ekstrak broccoli bertunas, minyak jagung, minyak palma dan marigold.
  • Pengambilan carotomax menyamai dengan Beta Karotena yang sama dengan pengambilan 102 hidangan Pisang, Lycopena yang sama dengan pengambilan 714 hidangan Apricot, Lutein dan Zeaxanthin yang sama dengan pengambilan 285 hidangan Anggur Pink, Alpha Karoten yang sama dengan pengambilan 89 hidangan Raspberi.


Kenapa Kita Memerlukan Carotomax…??? 
  • Carotomax Shaklee adalah merupakan Vitamin A.
Dan ianya amat berguna dalam :-
  • Kesihatan retina mata - Mengurangkan Rabun.
  • Kesihatan tulang.
  • Kesihatan tisu kulit - Memudarkan jeragat.
  • Pembentukan sel darah putih dan sel darah merah.
  • Pembentukan membran mukus.
  • Mengekalkan sistem imunisasi badan yang sihat
Dengan kehadiran vitamin A, ia dapat membantu meningkatkan kesihatan tisu kulit dan membran mukus badan kita yang mana kedua-duanya merupakan lapisan awal pertahanan badan daripada jangkitan penyakit dari luar. Selain itu, vitamin A juga membantu dalam pembentukan sel darah putih yang turut membantu memberi pertahanan dalam badan dari jangkitan sebarang jenis penyakit yang tidak diingini.
Dan yang penting Carotomax Shaklee tidak mengandungi sebarang perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
Sekian sedikit sebanyak penerangan mengenai Kebaikan Dan Manfaat Carotomax Shaklee untuk makluman Para Pelanggan, Pembaca Dan Pelawat Blog kami yang sangat kami kasihi dan hargai.
Sayangilah Dan Hargai Kehidupan Anda Dan Orang Yang Anda Sayangi.


{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

Kebaikan Vitamin B Complex

Kebaikan Vitamin B Complex


Vitamin B memainkan peranan yang penting dalam menjaga kesihatan kita. Vitamin B menjaga sistem penghadaman, menyerap nutrient dan menjaga sistem saraf. Vitamin B perlu diambil dalam kuantiti yang disarankan dan selengkapnya (9 jenis vitamin B) untuk mendapatkan faedah yang optimum.
  • Gejala kekurangan vitamin B:
  • keletihan
  • kebas
  • kerengsaan usus
  • gemuruh
  • kemurungan
  • paranoia
  • lemah dan lesu
  • stress
Sumber vitamin B boleh diambil dari makanan seperti sayuran hijau, daging, ayam, telur, ikan, kacang dan bijirin; namun kebanyakan makanan ini telah melalui pelbagai proses, dan juga sisa-sisa pestisid (racun serangga) serta cara memasak menyebabkan kehilangan nutrient tersebut dari makanan.
Di samping itu juga, pencemaran udara dan air, pengambilan ubatan, antibiotik dan sebagainya menyebabkan tubuh kita kehilangan vitamin B. Tambahan pula, vitamin B adalah jenis larut air, jadi ia sentiasa hilang dari tubuh melalui peluh dan kencing.
Apakah kepentingan B Complex terhadap tubuh kita?
  • Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro.
  • Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.
  • Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.
  • Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
  • Membina rambut yang sihat dan mencegah uban.
  • Membantu dalam merawat alergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif,
  • Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual , kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi terhadap keracunan plumbum.
Dapatkan vitamin B complex natural untuk membantu fungsi tubuh anda


{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

Kelebihan dan Cara mendaftar Keahlian Shaklee

Kelebihan dan Cara mendaftar Keahlian Shaklee

Bagaimana nak mendaftar sebagai ahli @ pengedar Shaklee

Anda boleh mendaftar dengan membuat pembayaran untuk registration fee sebanyak RM65 ataupun membuat pembelian melebihi 200 points (dalam lingkungan RM650) untuk mendapat keahlian percuma. Anda cuma perlu menghubungi saya (saya akan uruskan urusan pendaftaran) atau pergi sendiri ke branch Shaklee dan mendaftar menggunakan ID saya (sms/email untuk medapatkan no id) sebagai sponsor/upline.

Yuran keahlian Shaklee


Pendaftaran ialah RM65 (sekiranya anda pergi sendiri ke branch untuk ambil member kit) dan tambahan RM10 untuk pos member kit sekiranya anda mahu kit tersebut dipos kepada anda, atau dihantar melalui saya. Jumlahnya ialah RM75 (jika anda tidak pergi ambil sendiri kit di branch).

Tak Perlu Maintain point dalam Shaklee

Sekiranya cuma nak makan sendiri, tak perlu maintain points, melainkan anda mahu memulakan perniagaan dengan Shaklee, anda perlu dapatkan points tertentu dan maintain points tertentu. Tapi kalau cuma makan sendiri, share dengan saudara-mara, tak perlu risau nak maintain2 atau minimum purchase

Tak Wajib membuat pembelian setiap bulan untuk maintain keahlian?

Benar, tak perlu maintain point atau ada pembelian.

Apa yang diperlukan sekiranya saya nak daftar sendiri di branch?

Anda perlukan sponsor iaitu ahli berdaftar dengan Shaklee. Sila gunakan ID saya  (sms/email untuk medapatkan no id) sekiranya anda berhasrat untuk bersama2 dengan saya (satu hari nanti ke) dalam bisnes Shaklee sendiri atau Shaklee trial pack online or offline.

Apa nak buat jika saya dah daftar dengan orang lain tapi nak join bisnes Shaklee Trial Pack?

Anda boleh tukar upline dengan register semula. Anda perlu membuat pembayaran untuk menjadi ahli seperti mula-mula mendaftar (step paling atas tadi). Anda boleh menggunakan ID saya sebagai sponsor anda,(sms/email untuk medapatkan no id).

Apa kelebihan jadi ahli Shaklee

Anda dapat membuat pembelian dengah harga ahli (boleh email ke fara.chew@gmail.com untuk mengetahui Pricelist Shaklee). Setiap pembelian, anda akan diberi points yang ditukar kepada cash setiap bulan.

Dengan menjadi ahli di bawah Shaklee2u (menggunakan ID saya sebagai sponsor), anda boleh memulakan perniagaan Shaklee anda sendiri di bawah bimbingan team kami.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli, boleh terus hubungi saya di fara.chew@gmail.com atau sms 019 968 7627 untuk maklumat lanjut.

{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

 
۩۩ This Blog is Protected. Copyright 2011 © Design By Miss Fara Chew ۩۩
۩۩ Ini Blog Miss Fara Chew. Jangan Copy, Jika Suka Sila Credit ke Miss Fara Chew۩۩