Antara masalah yang sering dihadapi
oleh ibu mengandung adalah sembab atau bengkak pada kaki (mungkin juga
pada tangan, muka, dll). Masalah ini boleh menimbulkan ketidakselesaan
kepada si ibu kerana menghadapi kesukaran utk berjalan, solat, dsb.
Namun, ibu perlu waspada jika
kesembapan berlaku dengan tiba-tiba kerana ia mungkin petanda awal
praeklampsia. Rujuk kpd doktor anda segera jika ini berlaku.
Tips Hindari Sembab (water retention @ swollen feet, ankle, face) semasa Hamil
- Minum air masak sebanyak 2-3 L sehari. Toksin dapat disingkirkan daripada badan dengan baik apabila kita minum air masak secukupnya. Apabila badan tidak mendapat cecair secukupnya, ia akan berada dalam ‘survival mode’ di mana badan ‘menyimpan air’ dan berlakulah sembab kaki, tangan dsb. Cuba cek, adakah kita sekadar minum 2-3 gelas air masak sehari? Cara mudah untuk tahu sama ada badan mendapat air yg cukup ialah melalui warna urin. Ia sepatutnya jernih, bukan keruh.
- Lakukan senaman ringan. Senaman membantu peredaran darah dan cecair yang lebih baik dalam badan seterusnya menghindari daripada berlakunya sembab kaki, dsb. Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki atau berbasikal.
- Jangan berdiri terlalu lama. Apabila berdiri terlalu lama, cecair akan terkumpul pada kaki yang mengakibatkan sembab. Banyakkan berjalan atau bergerak.
- Tinggikan sedikit kedudukan kaki sewaktu berehat atau tidur. Alas kaki dengan bantal supaya kaki berada pada aras yang sama atau lebih tinggi daripada jantung.
- Pakailah kasut yang selesa dan tidak terlalu ketat. Jauhi heels!
- Amalan pemakanan:
- Hindari @ kurangkan:
- Minuman berkafein dan alkohol
- Makanan yang tinggi sodium. Antara makanan yang tinggi kandungan sodium selain garam ialah makan yang diproses (processed food), makanan segera (instant or fast food) – fries, burger, dll.
- Karbohidrat
- Lebihkan dalam menu harian:
- Makanan yang tinggi potassium – contohnya pisang, lobak meah, kurma, buah oren, tembikai, prune, kismis, bayam, kacang peas, badam, susu dan yogurt.
- Makanan berserat tinggi seperti roti high fiber.
- Sayur-sayuran mentah seperti ulaman.
- Protein, menggantikan karbohidrat.
- Makanan tinggi magnesium dan vitamin B – sayuran berdaun gelap, oatmeal, asparagus dan kacang soya.
- Selain itu, pengambilan suplemen kalsium magnesium turut membantu mengatasi masalah sembab air
“Taking certain vitamin supplements also can
help relieve your edema. Calcium helps with the fluid exchange in your
body, and can help promote the excretion of fluid from your tissues.”
Ostematrix Shaklee adalah suplemen kalsium magnesium yang turut dilengkapi dengan vitamin D serta mineral lain yang baik utk kesihatan, apatah lagi untuk ibu mengandung.
1 comments:
Info yang sangat baik. Tq :)
Post a Comment