Mudah Buat Bisnes???
Rahsia bagaimana nak berjaya dalam bisnes anda...dan salah satu diantaranya
adalah melalui zikir.Ya zikir Ya Wahhab,antara khasiat-khasiat yang boleh kita
dapat melalui zikir Ya Wahhab adalah seperti berikut:
Rahsia kehebatannya:
1->Menjadi terkaya dan terkenal
5->Menjauhi kelaparan
6->Dimakbulkan doa
7->Membebaskan diri
Thanks for reading! :)
{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}
Maksudnya:
AL-WAHHAB, Yang Sentiasa Memberi. Allah s.w.t.mencurahkan
rahmatNya ke atas makhlukNya.Dia Maha Pemberi.
Rahsia kehebatannya:
1->Menjadi terkaya dan terkenal
Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap
solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan
kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41
kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta yang
banyak.Peluang akan datang dengan mudah sekali.
2->Permintaan dimakbulkan
Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta
sesuatu,insya Allah permintaanNya akan diperkenankan.Jika dibaca 100 kali
dengan tangan menadah ke langit,doa anda akan dimakbulkan.
3->Mencari pekerjaan
Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat
miskin,hendaklah dia mengamalkan solat sunat,kemudian sujud dan membaca 70 kali
Ya Wahhab.Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka(dari kawan,jiran atau
seumpamanya).
4->Membayar hutang
Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang
untuk membayarnya,kerjakanlah sembahyang sunat hajat atau nafil 2 rakaat
selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak,kemudian memalingkan
wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali.Kemudian hendaklah dia membaca
Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut(tiga
Khamis).Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat
dilangsaikan.
5->Menjauhi kelaparan
Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur,insya Allah
anda tidak akan merasa lapar.
6->Dimakbulkan doa
Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila
masa,kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan
diperkenankan,insya Allah.
7->Membebaskan diri
Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak
mencukupi,bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat
sunat nafil 2 rakaat di tengah malam.Insya Allah anda akan berasa bebas atau
mendapat rezeki yang banyak.
Untuk permulaan kita boleh praktis amal dalam 100x sehari, esok
lusa kita up lagi. Lama-lama inshaaAllah zikir a-wahhab ini akan jadi amalan
kita.
Thanks for reading! :)
lagi 2 bulan
lagi 2 bulan huaaaaaghh banyak lagi yg xbuat for my wedding.. cuaknya rase...
dalam kepala banyak nk buat.. itu nak buat.. ini nak buat... tp satu pon xterbuat...
nak check list
nak check list
hee miss him so much
bakal zauj ku... hee
Kaki Sembab @ Bengkak (Water Retention) Semasa Hamil
Antara masalah yang sering dihadapi
oleh ibu mengandung adalah sembab atau bengkak pada kaki (mungkin juga
pada tangan, muka, dll). Masalah ini boleh menimbulkan ketidakselesaan
kepada si ibu kerana menghadapi kesukaran utk berjalan, solat, dsb.
Namun, ibu perlu waspada jika
kesembapan berlaku dengan tiba-tiba kerana ia mungkin petanda awal
praeklampsia. Rujuk kpd doktor anda segera jika ini berlaku.
Tips Hindari Sembab (water retention @ swollen feet, ankle, face) semasa Hamil
- Minum air masak sebanyak 2-3 L sehari. Toksin dapat disingkirkan daripada badan dengan baik apabila kita minum air masak secukupnya. Apabila badan tidak mendapat cecair secukupnya, ia akan berada dalam ‘survival mode’ di mana badan ‘menyimpan air’ dan berlakulah sembab kaki, tangan dsb. Cuba cek, adakah kita sekadar minum 2-3 gelas air masak sehari? Cara mudah untuk tahu sama ada badan mendapat air yg cukup ialah melalui warna urin. Ia sepatutnya jernih, bukan keruh.
- Lakukan senaman ringan. Senaman membantu peredaran darah dan cecair yang lebih baik dalam badan seterusnya menghindari daripada berlakunya sembab kaki, dsb. Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki atau berbasikal.
- Jangan berdiri terlalu lama. Apabila berdiri terlalu lama, cecair akan terkumpul pada kaki yang mengakibatkan sembab. Banyakkan berjalan atau bergerak.
- Tinggikan sedikit kedudukan kaki sewaktu berehat atau tidur. Alas kaki dengan bantal supaya kaki berada pada aras yang sama atau lebih tinggi daripada jantung.
- Pakailah kasut yang selesa dan tidak terlalu ketat. Jauhi heels!
- Amalan pemakanan:
- Hindari @ kurangkan:
- Minuman berkafein dan alkohol
- Makanan yang tinggi sodium. Antara makanan yang tinggi kandungan sodium selain garam ialah makan yang diproses (processed food), makanan segera (instant or fast food) – fries, burger, dll.
- Karbohidrat
- Lebihkan dalam menu harian:
- Makanan yang tinggi potassium – contohnya pisang, lobak meah, kurma, buah oren, tembikai, prune, kismis, bayam, kacang peas, badam, susu dan yogurt.
- Makanan berserat tinggi seperti roti high fiber.
- Sayur-sayuran mentah seperti ulaman.
- Protein, menggantikan karbohidrat.
- Makanan tinggi magnesium dan vitamin B – sayuran berdaun gelap, oatmeal, asparagus dan kacang soya.
- Selain itu, pengambilan suplemen kalsium magnesium turut membantu mengatasi masalah sembab air
“Taking certain vitamin supplements also can
help relieve your edema. Calcium helps with the fluid exchange in your
body, and can help promote the excretion of fluid from your tissues.”
Ostematrix Shaklee adalah suplemen kalsium magnesium yang turut dilengkapi dengan vitamin D serta mineral lain yang baik utk kesihatan, apatah lagi untuk ibu mengandung.
Jom kenali OsteMatrix secara lebih dekat..
Manfaat Utama OsteoMatrix
1) Menguatkan tulang
- Kalsium menghalang osteoporosis,
menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang
retak, osteomalacia(rickets dewasa), kuku rapuh, eczema,
konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
2) Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
- Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis
3) Meringankan stres
- Ianya mengimbangi tekanan darah,
memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf; menggalakkan
tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan
stres. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
4) Memperbaiki masalah haid
- Kajian menunjukkan dengan pengambilan
1,000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan
membantu membuang air kecil
5) Pengalkalian tubuh
- Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya
berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga mengalang obesiti
diwatu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrient
dan merangsang detoksifikasi.
6) Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik
7) Vitamin D
- Dinamakan vitamin D pada 1916 bila
didapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan
kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan
kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang
terdedah pada matahri sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun,
wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil supplemen vitamin D
8) Magnesium
- Ini adalah ion positif no 2 penting
didalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan.
Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan
tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata
pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus,
menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkkan formasi batu
karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai
masalah fluktuasi glukos.
9) Zinc, boron, manganes, kuprum
- Memelihara metabolism kerangka dan
pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang,
rawan dan menghalang artritis.
Tahukah anda?
Kalsium tinggi = 1 gelas susu tinggi kalsium = 80 biji badam
Dan
1 tablet OSTEOMATRIX adalah kalsium tinggi.
Bagaimana memilih kalsium premium?
1) Pilih produk yang ada vitamin D dan magnesium2) Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum
3) Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses penyerapan mineral.
Subscribe to:
Posts (Atom)