Petua kulit licin supaya blackhead dapat dihilangkan

Blackhead ni memang merimaskan ramai orang terutamanya wanita. Mengapa saya kata begitu? Sebab nampak orang lelaki (read: suami saya) rilaks aje kalau ada bleakhead ni hehe..



Blackhead ni terjadi apabila minyak dan sebum kulit terperangkap dalam pori-pori. Bahagian ‘kepala’ minyak yang terdedah kepada udara ini akan memerangkap debu dan habuk disekitar, menyebabkan dia mengeras dan berwarna hitam. Keadaan ini akan menyebabkan kulit menjadi kasar dan berbiji-biji hitam, terutama di hidung dan kawasan yang paling berminyak di muka.



Kalau dibiarkan berlarutan, minyak yang terperangkap ini akan dijangkiti bakteria, lalu menyebabkan inflamation (bengkak) dan mengeluarkan nanah. Beginilah terjadinya jerawat bengkak jenis merah dan sakit tu.. ouch! Ada tak petua kulit licin yang boleh membantu?
Ramai orang menggunakan ikhtiar memicit keluar blackhead supaya ia tidak merebak menjadi jerawat… tetapi kaedah ini ada padahnya sekiranya tidak dibuat dengan betul. Kulit boleh membengkak dengan teruk dan menjadikan kulit anda lebih hodoh.


Ada juga orang yang gunakan black peeling mask, blackhead remover dan sebagainya.
Namun ada petua kulit licin untuk menghilangkan blackhead dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.
 Petua kulit licin nombor 1 – serbuk kayu manis
Kayu manis boleh digunakan untuk menghilangkan blackheads dan mengelakkan pembentukannya pada masa hadapan.
Caranya, ambil 1 sudu teh serbuk kayu manis dan campurkan dengan madu untuk menghasilkan campuran yang likat. Sapukan campuran ini pada bahagian yang terlibat dan biarkan semalaman. Bilas bersih dengan air keesokan paginya.
Alternatif lain ialah mencampurkan 1 sudu teh serbuk kayu manis dan jus limau nipis dengan secubit kunyit. AWAS! sapuan ni pedih tau..
Amalkan selama 10 hari untuk keputusan terbaik.

Petua kulit licin nombor 2 – lemon dan madu
Ambil sebiji lemon dan potongkan separuh. Pada sebelah lemon tadi, titiskan 3-4 titik madu dan dengan lembut, sapukan pada bahagian yang ber blackhead. Buatkan gerakan putaran pada muka dan oles dengan lembut. Biarkan selama 10 minit dan bilas.
Jus lemon tadi akan membantu mengecutkan pori-pori dan fiber pada lemon akan membantu menanggalkan blackhead.
Awas kepada mereka yang berkulit sensitif, dan jangan sapukan pada kulit yang luka atau melecet.

Petua kulit licin nombor 3 – susu dan serbuk buah pala
Petua ni saya baru belajar daripada website crunchybetty.com di mana 1 sudu teh parutan buah pala dicampurkan dengan sedikit susu. Campuran ini kemudian dijadikan scrub dan di gosokkan pada bahagian wajah.
Serbuk buah pala bertindak sebagai pelelas blackhead dan boleh menghilangkan minyak manakala asid laktik daripada susu boleh melarutkan sel-sel mati pada kulit.

Petua kulit licin nombor 4 – putih telur
Jadikan putih telur seperti peel mask. Mula-mula sapukan selapis putih telur dengan jari ataupun berus melukis. Biarkan kering seketika sebelum menyapukan lapisan kedua. Untuk bahagian-bahagian yang ada blackhead yang lebih banyak, sapukan lapisan ketiga dan keempat selepas lapisan sebelumnya kering sedikit.
Selepas 15 minit, muka akan rasa tegang. Apabila mask telah benar-benar kering, tarik lapisan mask sehingga habis. Gunakan kain mikrofiber yang lembap untuk membersihkan saki-baki mask.
Petua kulit licin nombor 5 – gunakan set kulit Shaklee

Ada beberapa produk Shaklee yang boleh di amalkan untuk merawat dan mencantikkan kulit daripada dalam. Ini termasuk:
Vitamin C – antioksidan yang membantu pembentukan kolagen semulajadi
Vitamin E – antioksidan yang membantu membaiki sel dan menghilangkan parut
Vivix – antioksidan yang bertindak sebagai anti penuaan
Collagen powder – menegangkan dan menambahkan keanjalan kulit
Cuba set ini dan selain mendapat kulit yang cantik dan licin, faedah lain termasuk:
1. Keahlian Shaklee PERCUMA bernilai RM75
2. Rebet +- RM50 pada bulan hadapannya
3. Membeli produk-produk Shaklee pada diskaun sehingga 33%
4. Peluang percutian dan umrah
5. Dan banyak lagi :)
Jangan lupa hubungi saya untuk konsultasi percuma dan sebarang pertanyaan. COD kawasan Kuala Berang, Ajil, Marang, Kuala Terengganu. Poslaju seluruh Malaysia. Saya Fara Chew 019-9687626  :)

{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

0 comments:

 
۩۩ This Blog is Protected. Copyright 2011 © Design By Miss Fara Chew ۩۩
۩۩ Ini Blog Miss Fara Chew. Jangan Copy, Jika Suka Sila Credit ke Miss Fara Chew۩۩