Mari Beramal Bersama Colgate

Lama dah dok perhati apps fb "Mari Beramal Bersama Colgate". pagi ni br tergerak tangan sama2 menghulurkan bantuan. memang menarik Colgate mengajak kita membuat amal.. semua tahu disamping kita menghadap komputer, kita masih lagi boleh membuat amal kan. mungkin dari cara ini Colgate mendapat inspirasi untuk kita sama-sama membuat amal. 



Untuk Mari Beramal Bersama Colgate, kita hanya perlu berjanji untuk membuat kebaikan menggunakan apps fb colgate dan kemudian Colgate Malaysia akan menyumbangkan RM3 untuk setiap janji yg dibuat.


janji yang dibuat tak perlu susah-susah sangat. terbahagi kepada dua iaitu dengan membuat ayat sendiri atau ayat yang sudah dibagi dalam apps ini. 


pilih mana-mana foto yg telah dilukis oleh kartunis Ujang dan buatlah janji yang anda rasakan sesuai dengan gambar yang dipilih. 


ini adalah  yang fara buat " I will do something nice for my family"



jangan lupa tag kepada 10 rakan anda untuk mereka sama-sama membuat janji. untuk pengetahuan semua  Colgate akan dermakan lagi RM1 untuk kempen ini. dan pihak Colgate akan dermakan 50 sen untuk setiap LIKE yg akan diterima kpd page facebook Colgate Malaysia.


okey lepas tagged, kalu nak lagi syokkk boleh la buat cover photo facebook seperti fara ini...


marilah kita sama-sama menghulurkan bantuan.. untuk pengetahuan, derma-derma yang terkutip ini akan disalurkan kepada 15 rumah anak yatim di seluruh Malaysia yang diselia oleh JKMM. RM25,000 akan dikumpulkan menerusi facebook tetapi jumlah derma akan dilakukan oleh pihak Colgate ialah sebanyak RM150 000 yang digunakan untuk membantu rumah kebajikan dan rumah anak yatim di seluruh Malaysia.



{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

Semakin banyak udang karang berwarna-warni ditangkap


PORTLAND, Amerika Syarikat – Para saintis kini mendapati terdapat banyak udang karang yang berwarna biru, oren, kuning dan berwarna-warni yang tersangkut pada jaring nelayan sejak dua tahun lalu di sini.
Pada kebiasaannya, udang karang yang ditangkap nelayan di sini berwarna coklat kehijauan.
Sebelum ini terdapat penulisan yang menyatakan kebarangkalian untuk menangkap udang karang berwarna biru ialah seekor bagi setiap dua juta ekor.
Kebarangkalian untuk menangkap udang karang berwarna oren pula ialah seekor bagi setiap 30 juta ekor.
Bagaimanapun, Pengarah Eksekutif Pemuliharaan Udang Karang di Friendship, Maine, Diane Cowan menyatakan terdapat peningkatan tinggi dalam jangka hayat haiwan itu.
Menurutnya, keadaan itu berlaku kerana bilangan haiwan pencari mangsa untuk menjadikan udang tersebut sebagai makanan telah berkurangan.
Beliau berkata, bilangan haiwan pencari mangsa yang berkurangan itu menyebabkan semakin banyak udang tersebut yang dapat meneruskan kehidupan sekali gus terperangkap dalam pukat nelayan. – Agensi




{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

Kek Zombie Yang Cool

xterfikir kek perkahwinan pon boleh dibuat mcm ni.. nk tgk takut.. nak makan lagi lah geli.. mmg xkan makan punyer.. sapela yg berani mkn ye.. tak tergamak ye dok... bulan2 posa gni wat lagi loya.. yakkk!! haha
jom kite sama2 tgk...














{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

salam ramdhan


Di kesempatan ini, fara ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan dan selamat berpuasa  kepada
semua umat islam di dunia. jangan malas wat terawih.. =)

pesanan : posa penuh ye tahun ni

{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

Pondok Cinta Untuk Seks Bebas

Kemboja – Sebuah kampung di Kemboja mempunyai cara tersendiri untuk menggalakkan anak perempuan mereka memilih pasangan, dengan membina sebuah pondok cinta.
Apabila gadis tersebut baligh, atau mungkin lebih muda, pondok cinta itu akan menjadi tempat tinggal mereka dan gadis ini boleh memilih teman lelaki sebelum menentukan yang mana satu cinta hati mereka.
Adat ini diamalkan oleh puak Kreung, yang percaya ia merupakan langkah terbaik untuk wanita memilih pasangan hidup mereka.
Gadis-gadis berkenaan juga bebas melakukan hubungan seks tanpa halangan daripada keluarga.
Bagi seorang gadis, Nang Chan, 17, dia kini menetap di pondok cinta berkenaan yang dibina di belakang rumah ibu bapanya.
“Pondok ini memberikan kebebasan kepada kami dan ia merupakan satu cara terbaik untuk kami mencari cinta sejati.
“Jika saya menemui teman lelaki yang istimewa dan saling mencintai, maka kami akan melakukan seks di pondok ini,’’ katanya.
Namun, kata Nang Chan, jika dia menemui lelaki lain yang lebih menarik, maka dia tidak akan melakukan lagi seks dengan bekas teman lelakinya itu.
Menurut penduduk di situ, dengan melakukan adat tersebut, perceraian dan keganasan seks di kampung itu dielakkan manakala gadis-gadis pula akan bertunang lebih awal dengan pasangan pilihan mereka.
Bagaimanapun di sebalik hubungan seks bebas di kalangan pasangan muda yang berkahwin ini, ia bukan sahaja menyebabkan merebaknya masalah sosial malah menyebabkan penyebaran HIV dengan cepat.

* mmmm agak tidak patut tradisi ini masih lagi digunakan pada zaman sekarang.... ini dinamakan mencari penyakit.... huhu

{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

50 tips menarik cara memikat lelaki

oic banyak jgk ye cara nk pikat laki ni... tp jgn cr semata2 nk wat sparetyre tau.. hahahhaaa

Dibawah adalah cara-cara memikat lelaki yang harus wanita tahu:


  1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan si dia.
  2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
  3. Berwatakan menarik(Persenoliti yang mampu mengugat hatinya).
  4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
  5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tak suka.
  6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
  7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
  8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada disamping lelaki yang anda minati.
  9. Jangan terlalu mengongkong.
  10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
  11. Jaga cara pemakaian anda,seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
  12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati sebagai rancangan pertama memikat dirinya.
  13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renung matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan beerti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
  15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
  16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
  18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
  19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
  20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
  21. Lelaki suka kamu menjadi mendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
  22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
  23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
  24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai solekan yang terlalu tebal.
  25. Mengetahui bila hari lahirnya.
  26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
  27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
  28. Agresif.
  29. Jangan terlalu teruja ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk pengenalan pertama.
  30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam perbualan.
  31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kami ini terlalu baik dan sempurna.
  32. Jangan perasan bahawa kamu mempunyai paras rupa yang jelita.
  33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
  34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
  35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
  36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
  37. Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
  38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu.
  39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
  40. Jangan bersikap terlalu kuno.
  41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
  42. Usia dan bentuk badan bukanlah menjadi ukuran yang penting, tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
  43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama.
  44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
  45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
  46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
  47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
  48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
  49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
  50. Jangan terlalu mengada-ngada nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

AXE Anarchy Island Getaway

Hey blogger and stranger~ how your day? I found something attracted me~ Hmm, guess what? Is a advertisement from nuffnang it's call "AXE Anarchy Island Getaway". Have you heared about this? I not really know what it is, but it's seem fun. It is for Malaysia or foreign country? But I still can shared their advertisement with who doesn't know about this news, and who are in single now. Okay, let me copy and paste what they had advertise. 

UPDATE: The deadline for blog post submission is being extended to 31 August 2012!

Calling all bros, huddle up! We’ve caught wind that AXE is organizing something Fay-tastic and it involves aCaribbeanisland retreat, International DJs, hot celebs and sexy single ladies, lots and lots of them!
After all the hype generated since the launch of AXE products, it seems that AXE is going all out to prove that their products do unlock dangerous levels of attraction. Picture this guys, chilling on the beach of a Caribbean island sipping on a custom-mixed cocktail while watching a bunch of bikini clad babes playing volleyball and listening to international tracks blasting away from a nearby DJ booth! Okay maybe that’s a little over the line but you get the general idea right? We’re not sure which island we’re talking about yet, but here’s a sneak peek:
Oh…and just a heads-up, if you’re lucky you might spot a bikini-clad Fay Hokulani on the beach too! She’s not there for you though, so please compose yourself. *smirk*


OKAAAAAY, please divert your ATTENTION back to the blog post! *WAVESSSS* Anyways, AXEhas reserved TWO (2) invites to the all-expense paid 4 Days 3 Nights trip, exclusively for you Nuffnangers! In addition, there will be 10 consolation prizes consisting of 1 year worth of AXE products worth RM200! All you have to do is:
Step 1: Create a blog post titled “AXE Anarchy Island Getaway” and showcase your best efforts at being suave/ charming to the opposite sex. Also let us know why you deserve to be sent to Anarchy Island!
Step 2: If you REALLY want to win, include a video submission showing us what the term “uncontrollable attraction” actually is. This would score you some extra points BIG TIME!
Step 3: Once you’re done with the post, submit the permalink in the form below.
  • *Email address you used to register with Nuffnang
  • *Example of a permalink: https://www.facebook.com/Nuffnang/posts/225704737544236




{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Hulu Terengganu

Permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa bagi memohon jawatan di Majlis Daerah Hulu Terengganu.
JAWATAN :-
  • Penolong Pegawai Tadbir(1 Kekosongan)
  • Penolong Akauntan (1 Kekosongan)
  • Pelukis Pelan (1 Kekosongan)
  • Tukang K3 (3 Kekosongan)
  • Pemandu Kenderaan (3 Kekosongan)
  • Pembantu Am Pejabat (2 Kekosongan)
Untuk lebih lanjut klik link dibawah :



{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

Bawa Kereta Tanpa Plat, Kim Kardashian Ditahan Polis


PERJALANAN Kim Kardashian nampaknya tergendala apabila dia ditahan pihak polis pada Khamis lalu gara-hara tidak memasang plat keretanya.
Menurut laporan Contactmusic, Kim ditahan ketika memandu di kawasan lebuhraya Freeway, Los Angeles.
Bagaimanapun, sumber memberitahu, Kim dilepaskan tanpa sebarang tindakan saman.
"Dia memberitahu kepada pihak polis bahawa plat kereta yang bernilai RM600,000 itu disembunyikan di bahagian belakang kereta kerana risau diekori paparazzi.
"Polis berkenaan faham dengan situasi Kim, dan kekasih Kanye West itu dilepaskan tanpa dikenakan tindakan," kata sumber itu.
Sebelum ini, Justin Bieber juga pernah mencabut plat kereta miliknya gara-gara diekori paparazzi.
Hal tersebut telah mengundang kehadiran pihak polis untuk menahannya.


{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

jom sertai "1st GiveAway Cik Balqis"


nak tahu lebih lanjut jom klik pic di atas...

hadiah2 best utk dimenangi....
tarikh tutup 1 ogos ni....

{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

Kim Kardashian, Kanye West Sedang Dilamun Cinta!


Bintang E!, Kim Kardashians dan Kanye West nampaknya benar-benar saling menyukai di antara satu sama lain.

Hal ini dapat dihidu dalam episod baru siri realiti Keeping Up With The Kardashian (KUWTK). Kanya West dan Kim Kardashian nyata dilamun cinta.

Dalam episod terbaru itu, Kim telah datang ke rumah Kourtney Kardashian menggunakan kereta Kanye West. Ketika itu Kanye baru saja muncul dengan single terbarunya, Theraflu.

Lagu tersebut mengandungi lirik yang menyebut: And I'll admit, I fell in love with Kim/Round the same time she had fell in love wit' him.

Yang mana dia telah memperkatakan perasaannya terhadap Kim tatkala Kim benar-benar jatuh cinta dengan Kris Humphries.

Kim pula nampak malu-malu untuk menunjukkan sama ada dia dan Kanye benar-benar eksklusif di antara satu sama lain tetapi kemudian Kanye West dilihat muncul di majlis pembukaan restoran Scott Disick (pasangan Kourtney Kardashian) di New York.

Bukan setakat nampak intim, namun baik Kanye West mahupun Kim Kardashian nampak happy dan seolah-olah berada di awaqng-awangan. Menariknya, Kim turut mengenakan anting-anting simbol KW.

Kalau nak tahu tentang kisah cinta mereka, jangan lupa saksikan episod baru Keeping Up With The Kardashians di saluran E!.



{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

Lima Berentap Di Final Masterchef Selebriti Malaysia


Datuk Fazley, Angah, Juliza Adlizan, Farouk Hussein dan Soo Wincci merupakan lima finalis yang akan berentap di gelanggang Masterchef Selebriti Malaysia yang akan diadakan pada 16 Julai ini.
Pengumuman tersebut telah pun dibuat oleh Chef Jo dalam episod ke-26.
Terdahulu, Farouk Hussein telah pun diumumkan sebagai selebriti yang terakhir yang tersingkir dalam program tersebut namun dipanggil semula untuk beraksi di gelanggang final Masterchef Selebriti Malaysia.
Kejutan yang dilakukan oleh Chef Jo itu disambut dengan baik oleh kesemua finalis.
Penyingkiran Farouk Hussain pada asalnya berlaku disebabkan dia mendapat markah yang rendah dan tidak berjaya untuk mengatasi markah Juliza Adlizan dalam cabaran ujian kemahiran dan tewas kepada Angah ketika dalam ujian penyingkiran.
Dalam itu, seperti yang diketahui umum, finalis pertama yang menempah tempat ke final iaitu Soo Wincci setelah dia berjaya memikat hati juri menerusi masakannya dan sekaligus menang ujian cipta rasa episod terdahulu.
Saksikan Masterchef Selebriti Malaysia Isnin, jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Mustika HD (134)


sumber : http://www.murai.com.my
{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

Segmen: JOM TAMBAH FOLLOWER by SANDRA !


nak join klik banner kat atas..


JOM MAI PAKAT TAMBAH FOLLOWER...
sbb dah lama x berbloging....

nak tag...


segmen ni tamat 22 Julai 2012 ini... =)



{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

jom shopping raya

Jom shopping dengan SOPHIE PARIS...harga berpatutan...dengan keahlian hanya RM15.00 seumur hidup, anda akan mendapat potongan harga sebanyak 20%...nak tengok katalog boleh klik disini http://www.sophieparis.com.my/catalogue/latest-issues.html ....sebarang pertanyaan boleh pm saya...tq
{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

 
۩۩ This Blog is Protected. Copyright 2011 © Design By Miss Fara Chew ۩۩
۩۩ Ini Blog Miss Fara Chew. Jangan Copy, Jika Suka Sila Credit ke Miss Fara Chew۩۩