Lima Berentap Di Final Masterchef Selebriti Malaysia


Datuk Fazley, Angah, Juliza Adlizan, Farouk Hussein dan Soo Wincci merupakan lima finalis yang akan berentap di gelanggang Masterchef Selebriti Malaysia yang akan diadakan pada 16 Julai ini.
Pengumuman tersebut telah pun dibuat oleh Chef Jo dalam episod ke-26.
Terdahulu, Farouk Hussein telah pun diumumkan sebagai selebriti yang terakhir yang tersingkir dalam program tersebut namun dipanggil semula untuk beraksi di gelanggang final Masterchef Selebriti Malaysia.
Kejutan yang dilakukan oleh Chef Jo itu disambut dengan baik oleh kesemua finalis.
Penyingkiran Farouk Hussain pada asalnya berlaku disebabkan dia mendapat markah yang rendah dan tidak berjaya untuk mengatasi markah Juliza Adlizan dalam cabaran ujian kemahiran dan tewas kepada Angah ketika dalam ujian penyingkiran.
Dalam itu, seperti yang diketahui umum, finalis pertama yang menempah tempat ke final iaitu Soo Wincci setelah dia berjaya memikat hati juri menerusi masakannya dan sekaligus menang ujian cipta rasa episod terdahulu.
Saksikan Masterchef Selebriti Malaysia Isnin, jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Mustika HD (134)


sumber : http://www.murai.com.my
{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

2 comments:

Cik Rongoks said...

hope dato' fazley menang ! ^^

Fara Chew said...

saya hope juliza menang... hehe

 
۩۩ This Blog is Protected. Copyright 2011 © Design By Miss Fara Chew ۩۩
۩۩ Ini Blog Miss Fara Chew. Jangan Copy, Jika Suka Sila Credit ke Miss Fara Chew۩۩