Doktor Cuai Tarik Kepala Bayi Hingga Putus



Brazil – Seorang ibu terkejut selepas mengetahui bayi yang dikandung selama sembilan bulan dilahirkan tanpa badan selepas doktor secara tidak sengaja telah menarik kepala bayi itu hingga putus ketika proses bersalin.
Kejadian berlaku di bandar Aracaju selepas wanita yang berusia 22 tahun itu menghadapi masalah untuk bersalin selepas berjam-jam berada di bilik bersalin.
Ketika itu terdapat 5 orang doktor yang sedang berusaha mengeluarkan bayi berkenaan.
Menurut sepupu wanita berkenaan, Gilmara Azevedo dos Santos, ibu muda itu mula berasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila dia mendengar bunyi merekah.
Kemudian dia mendengar bunyi riuh rendah di dalam bilik bersalin itu sebelum seorang doktor bercakap `Marcos, awak dah gila?”.
Ibu muda itu kemudiannya bertanya apa yang berlaku namun tidak mendapat jawapan sebaliknya dia dibawa segera ke bilik bedah untuk pembedahan caesarian.
Rupa-rupanya badan bayi itu tertinggal di dalam rahimnya dan pembedahan itu dilakukan bagi mengeluarkan badan tanpa kepala itu.
“Sepupu saya amat kecewa, malah seluruh anggota keluarga berada dalam keadaan terkejut. Dia juga berada dalam kesakitan selepas mendapat tahu kepala bayinya telah putus, sementara badan bayi itu tertinggal dalam perut dan terpaksa dibedah untuk mengeluarkan badan berkenaan,” katanya.
Berikutan itu, mereka mengambil keputusan untuk menyaman hospital berkenaan atas tuduhan cuai.
Dalam pada itu, pengarah hospital, Debora Leite berkata, satu jawatankuasa telah ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian bayi berkenaan.


ya Allah.. takutnya..

{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

10 comments:

amercorner.blogspot.com said...

gila lah doktor ni.. tau lah kerja doktor tu stress and tension...

ibu tu yang mengandungkan baby tu selama 9 bulan sia2 je ...

harap ibu tu saman berjuta jutaan ngan doktor tu

Fara Chew said...

tersalah tarik.. buruk padahnya..
boleh bayang cmane

Che Faiz Bong said...

sian kt ibu tu.
hoho.
minta kebenaran .
anda ditag :
http://chebethomekbong.blogspot.com/2012/05/ga-amercorner-free-domain-and-aquapic.html

[ miSsNanA ] said...

ganas siot doc nie ... dun follow you.. hit me back k :D

laila lee said...

ya allah takutnyaa . sian ibu , baby tu hmm :'(
eyh laila ada post baru . barang yg laila nntikan itu ? hmm . bawak tisu taww jgn lupa http://impianperasaanhidpku.blogspot.com/2012/05/menanti-dan-terus-menanti-akhirnya_21.html

PenaGelap said...

aduhh.. bertapa sedihnya seorg ibu menanti 9bulan sehingga anaknya keluar dari rahim.. ini yg dapat nyer.. sedih gile.. nak pulak anak sulung.. lg laa.. errgghh.. saman² pon xda makna gak baik penjara terus.. grrr

elyna mirsada said...

adoi..gns btl dktor 2,first time kje ker ape??

Michelle Hopell said...

o.O
OMG,kalau sy pun sy saman doktor nie~
vanggang tol,kata doktor
hmmm,sian baby tu :(

Cik Fie said...

GIVEAWAY BARU :) Hope Dapat Join :D http://mynameishafizah.blogspot.com/2012/05/random-giveaway-by-cik-fie_19.html

ain vanilla said...

Nauzubillah

 
۩۩ This Blog is Protected. Copyright 2011 © Design By Miss Fara Chew ۩۩
۩۩ Ini Blog Miss Fara Chew. Jangan Copy, Jika Suka Sila Credit ke Miss Fara Chew۩۩