Pemeriksaan Imigresen Di Kaunter Daftar Masuk, Pertama Di Dunia

Imigresen KLIA mengukuhkan kedudukannya dalam senarai lima teratas sebagai perkhidmatan imigresen lapangan terbang terbaik dunia, yang diiktiraf oleh Skytrax2012 World Airport Awards.
Jabatan Imigresen dengan kerjasama Malaysia Airlines (MAS) akan memperkenalkan perkhidmatan pemeriksaan imigresen di kaunter daftar masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penumpang kelas pertama dan ahli Enrich Platinum.
Inisiatif itu merupakan salah satu usaha Imigresen KLIA untuk mengukuhkan kedudukannya dalam senarai lima teratas perkhidmatan imigresen lapangan terbang terbaik dunia, yang diiktiraf oleh Skytrax2012 World Airport Awards, baru-baru ini.
Perkhidmatan pemeriksaan imigresen di kaunter daftar masuk merupakan yang pertama seumpamanya di dunia.
Ketua Imigresen KLIA, Mohd Zulfikar Ahmad berkata, Februari lalu, MAS telah mengusulkan tentang langkah-langkah bagi membantu menambahbaik perkhidmatan untuk para penumpang.
“Hasilnya, perkhidmatan pemeriksaan imigresen di kaunter daftar masuk akan diperkenalkan buat pertama kalinya dalam penerbangan MAS yang menggunakan pesawat baru A380 pada Julai ini,” katanya kepada mStar Online di sini.
selanjutnye klik disini..

{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

0 comments:

 
۩۩ This Blog is Protected. Copyright 2011 © Design By Miss Fara Chew ۩۩
۩۩ Ini Blog Miss Fara Chew. Jangan Copy, Jika Suka Sila Credit ke Miss Fara Chew۩۩