Thank You Cikgu! Giveaway by Mala Nasohah



Terima kasih guru
yang mengajarku dulu
membawaku ke ladang-ladang ilmu
dengan sabar tak kenal jemu
kini kupetik buah kejayaan itu
dari pohon jasa seharum narwastu.

Terima kasih guru budiman
yang merungkai erti kehidupan
menanam benih-benih kemanusiaan
memadam puntung-puntung
kesombongan
bagai bintang di kegelapan malam
di tengah lautan jadi pedoman.

Terima kasih guru jauhari
yang membugar perkebunan budi
lembut menyiram akal pekerti
tekun menyemai mulia peribadi
jasa baktimu terhampar pasti
moga Tuhan sentiasa memberkati.

Terima kasih guru tercinta
menyahut cabaran semangat perkasa
memperkukuh iltizam membina bangsa
gelanggang pendidikan diri diperhamba
modal insan dijana dipelihara
melahirkan pemimpin memacu negara.

TERIMA KASIH CIKGU YANG PENAH MENGAJARKU
semasa di PASTI Kg.Jak Ajil, Tadika Ajil,
 Sekolah Kebangsaan Bukit Perah Ajil,
Sekolah Menengah Kebangsaan Ajil,
 Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec) Shah Alam,
Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (Ciast) Shah Alam,
Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) Penang..

Luv U



{。^◕‿◕^。} SILALAH LIKE DAN KOMEN.. {。^◕‿◕^。}

0 comments:

 
۩۩ This Blog is Protected. Copyright 2011 © Design By Miss Fara Chew ۩۩
۩۩ Ini Blog Miss Fara Chew. Jangan Copy, Jika Suka Sila Credit ke Miss Fara Chew۩۩